Erti keakraban, identiti keluarga dengan pakaian sedondon

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Erti keakraban, identiti keluarga dengan pakaian sedondon

Feb 3, 2026 | 5:30 AM

Erti keakraban, identiti keluarga dengan pakaian sedondon

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
baju sedondon, baju raya macam langsir, baju raya sedondon
Satu gambaran jenaka di mana semua anggota memakai baju Raya yang diperbuat daripada kain bercorak yang sama dan turut digunakan bagi langsir dan sofa. - Foto FACEBOOK NIZAM JENTIK JENTIK

Pernahkah anda dengar ungkapan ‘baju sama dengan langsir’ atau ‘seperti langsir bergerak’.  

Itulah yang pernah terlintas dalam fikiran saya sewaktu membesar setiap kali menjelang Hari Raya Puasa. 

Seperti ramai keluarga yang menyambut Aidilfitri, baju kurung sedondon merupakan sesuatu yang diamalkan ibu bapa saya hingga hari ini. 

Namun pakaian sedondon kami bukan hanya dari segi rona warna yang sama sahaja. 

Disebabkan kami memilih untuk menempah baju setiap tahun, bapa saya lebih gemar jika jenis kain yang sama digunakan untuk membuat baju kami sekeluarga.

Potongan baju saya dan bapa turut serupa iaitu baju Melayu dengan leher cekak musang.

Kadangkala, kain dengan motif unik dipilih untuk membuat kededua baju Melayu saya dan bapa serta baju kurung ibu. 

Konsep sedondon ini bukan hanya untuk Raya namun turut diamalkan semasa menghadiri majlis keramaian seperti perkahwinan dan kenduri.  

Semakin saya mendewasa, saya ingin bereksperimen dan mencuba gaya fesyen yang berbeza, mengikut cita rasa tersendiri. 

Tetapi, ia seperti satu hambatan kerana saya terikat dengan pilihan pakaian sedondon dengan keluarga setiap kali kami keluar menghadiri acara.

Pernah seketika saya mencadangkan untuk kami bertiga memilih kain dan potongan baju berbeza sambil mengekalkan rona warna yang serupa namun idea itu tidak direalisasikan. 

Ia membuat saya terfikir mengapa bapa saya ingin pertahankan tradisi pakaian sedondon itu. 

Namun sewaktu kunjung-mengunjungi rumah saudara-mara saya beberapa tahun lalu, ada di antara mereka yang memuji kami kerana berusaha berpakaian sedondon setiap tahun. 

Saya mula sedar tradisi tersebut bukan hanya cara mengeratkan hubungan kami sekeluarga namun turut membina identiti keluarga yang unik dan berbeza.

Kini, kami berjaya mencari keseimbangan antara pakaian sedondon dengan gaya fesyen tersendiri. 

Satu kain utama akan dipilih tetapi kami boleh memilih gaya baju yang kami inginkan. 

Saya lebih gemar baju Melayu yang dipadankan dengan seluar hitam manakala bapa saya kekal dengan pilihan baju Melayu penuh.

Walaupun ada sedikit perbezaan, tradisi dan semangat pakaian sedondon itu diteruskan dalam keluarga kami. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg