Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jiran sekampung, teman sepermainan rupanya kakak kandung

Jan 6, 2024 | 5:00 PM
IDENTITI UNIK ANAK ANGKAT: Cik Thangah Koh (kiri) dan Cik Fatimah Mohidin merupakan jiran sekampung yang kemudian mendapat tahu mereka rupanya adik-beradik Cina yang secara berasingan dibesarkan oleh keluarga angkat India dan Melayu.
IDENTITI UNIK ANAK ANGKAT: Cik Thangah Koh (kiri) dan Cik Fatimah Mohidin merupakan jiran sekampung yang kemudian mendapat tahu mereka rupanya adik-beradik Cina yang secara berasingan dibesarkan oleh keluarga angkat India dan Melayu. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Cik Fatimah Mohidin dan Cik Thangah Koh membesar sebagai jiran dan sahabat di Kampung Lorong Sungkai di Aljunied pada 1960-an.

Apabila meningkat usia remaja, mereka mendapat tahu mereka rupanya adik-beradik kandung berasal daripada keluarga Cina, dan secara berasingan telah diberikan kepada keluarga Melayu/Islam dan India/Hindu.

Keluarga angkat mereka sebelum itu telah merahsiakan perkara itu daripada mereka.

Kini bagai isi dan kuku, Cik Fatimah, 70 tahun, dan Cik Thangah, 71 tahun, masih akrab dan meraikan pelbagai perayaan termasuk Hari Raya, Deepavali dan juga perayaan Tahun Baru Cina.

Kisah anak angkat menjadi sebahagian daripada kisah Singapura, dan baru-baru ini kian mendapat perhatian apabila beberapa individu tampil berusaha mencari anggota keluarga kandung mereka.

Ikuti laporannya di Berita Minggu pada 7 Januari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg