Joo Chiat Complex bina legasi niaga, kepercayaan masyarakat
Joo Chiat Complex bina legasi niaga, kepercayaan masyarakat
Sebagai nadi masyarakat Melayu, Joo Chiat Complex telah lama menjadi lokasi perniagaan yang menyatukan sejarah, budaya, dan masyarakat.
Sejak bertahun-tahun lalu, kompleks ini menarik ramai peniaga daripada pelbagai sektor, menjadikannya pusat beli-belah lebih meriah.
Di sinilah Joo Chiat Complex membina kepercayaan, berkembang bersama masyarakat tempatan, menumbuhkan masyarakat perniagaan yang erat, serta berpeluang berkhidmat bagi generasi demi generasi pelanggan.
HARGAI SEMANGAT KEMASYARAKATAN
Lebih 40 tahun, kedai emas Ming Seng menganggap Joo Chiat Complex sebagai rumah kedua, di mana perniagaan dan masyarakat berkembang bersama.
Pengurus Ming Seng, Encik Steven Soh, berkata: “Yang paling bermakna ialah hubungan akrab dan semangat kejiranan yang sinonim dengan Joo Chiat Complex.
“Ramai pelanggan setia telah bersama kami sejak sekian lama, dan mereka kembali bukan untuk membeli sahaja, malah mengeratkan silaturahim. Kepercayaan pelanggan dari generasi ke generasi adalah kebanggaan terbesar kami.
“Oleh itu, teruskan menyokong kami di sini. Koleksi emas kami menggabungkan gaya moden dan klasik malar segar. Tidak kira pembelian emas pertama atau tempahan rekaan khas, kami sentiasa memberi layanan terbaik dan produk bermutu.”
TERUSKAN KESINAMBUNGAN IBU
Anak perempuan pemilik Butik Hana, Cik Hana Khaldon Abdat, berkata kedai milik ibunya, Cik Sadiah Ali Abdat, yang telah beroperasi selama 20 tahun itu masih mendapat tempat di hati pelanggan di Joo Chiat Complex hingga hari ini.
“Butik kami mengetengahkan rekaan fesyen hasil idea sendiri serta contoh asli, bukan cedokan daripada pakaian dan fesyen sedia ada.
“Saya mula membantu ibu di kedai ini pada usia 17 tahun dan kini pada usia 33 tahun, saya telah menyaksikan pelbagai perubahan serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada masyarakat.
“Kedai ini pastinya tidak mampu bertahan tanpa kepercayaan dan kesetiaan para pelanggan. Harapan saya ialah meneruskan legasi ibu di sini, memastikan kreativiti dan semangat beliau terus subur dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya,” kata Cik Hana.
HUBUNGAN ERAT ANTARA PENIAGA DAN PELANGGAN
Persian Boutique turut membina hubungan bermakna di sini, bukan dengan pelanggan sahaja, malah rakan penyewa lain.
Persian Boutique menawarkan fesyen Muslimah yang menyerlahkan keanggunan pemakai, premium dan bermutu, serta membantu pelanggan mencari pakaian yang digemari, terutamanya untuk majlis penting seperti Hari Raya dan perkahwinan.
“Ramai pelanggan telah mengunjungi kami bertahun-tahun lamanya, malah ada yang kembali bersama anak-anak atau ahli keluarga mereka yang lain. Ia sangat bermakna bagi kami.
“Terdapat juga suasana perayaan yang meriah semasa Ramadan dan Hari Raya, yang menjadikan tempat ini istimewa.
“Berkhidmat kepada masyarakat pada musim penting seperti ini adalah sesuatu yang kami hargai dan menjadikan Joo Chiat Complex sebuah pusat unik.
“Bagi merealisasikan pengalaman membeli-belah lebih istimewa, terdapat promosi cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak $7,500.
“Pada 2026, kami menambah bilangan pemenang kepada 15 orang. Ini adalah tanda terima kasih kami kepada semua yang menyokong,” kata pemilik Persian Boutique, Cik Siti R. Habib.

