Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Josephine: Ada cara terhormat kongsi pandangan mengenai konflik Israel-Hamas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Josephine: Ada cara terhormat kongsi pandangan mengenai konflik Israel-Hamas

Feb 13, 2024 | 10:27 PM



Siasatan polis terhadap laporan yang diterima mengenai dua acara pada 2 Februari tidak bermaksud menghalang sesiapa daripada melahirkan keprihatinan mereka, atau melahirkan pandangan mengenai konflik Israel dengan Hamas, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.

Menyatakan demikian dalam catatan Facebook pada 13 Februari, Cik Teo berkata terdapat cara untuk melakukannya yang tidak melanggar undang-undang atau menyebabkan perbalahan dalam masyarakat.

“Ada cara untuk lakukannya supaya tidak melanggar undang-undang atau menyebabkan keretakan yang mendalam dalam masyarakat kita.”

“Kita tidak boleh berharap untuk menamatkan konflik dengan memulakan konflik kita sendiri. Sebaliknya, kita boleh berkongsi pandangan kita secara hormat dan menyumbang kepada usaha bantuan kemanusiaan,” kata Cik Teo dalam catatan yang sama.

Dalam satu kenyataan pada 13 Februari, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata ia sedang menyiasat kemungkinan berlaku salah laku di dua acara berasingan yang diadakan pada 2 Februari di sini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Februari, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pada sekitar 2 petang 2 Februari lalu, sekumpulan 70 individu telah berkumpul di Orchard Road dan berarak ke Istana.

Mereka memegang payung bercorak semangka yang merupakan simbol penentangan dan perpaduan Palestin, untuk mempamerkan sokongan mereka terhadap perjuangan Palestin.

Polis juga berkata ia telah menerima laporan daripada orang awam berhubung video dalam talian mengenai acara peribadi yang dianjurkan pada 2 Februari sekitar jam 7.30 malam.

Polis mengesahkan mereka mengetahui tentang keinginan untuk melakukan bantahan terhadap Israel dalam konfliknya dengan Hamas, seperti berkumpul dan menampal pelekat mengenai konflik itu, pada Pertunjukan Udara Singapura yang akan datang.

Cik Teo menggesa orang ramai agar terus prihatin terhadap mereka yang terjejas akibat konflik yang berterusan dan dengan berbuat demikian mengekalkan perpaduan Singapura.

Cik Teo berkongsi bahawa Singapura telah melahirkan pandangannya dengan jelas di platform rasmi, dan telah menaja dan mengundi bersama ketetapan yang menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera pada Disember 2023.

Singapura juga telah menderma lebih $6 juta untuk usaha mengumpul dana yang dilancarkan Palang Merah Singapura dan Yayasan Rahmatan Lil Alamin, dan akan terus menyokong usaha kemanusiaan tersebut melalui saluran rasmi.

“Di peringkat individu kita cuba tangani isu-isu emosi dan kompleks. Pada masa yang sama, konflik ini juga telah membawa kepada banyak insiden keganasan di luar negara dalam kalangan mereka yang mempunyai pandangan berbeza.

“Perbezaan sebegini telah menjejas hubungan kaum dalam masyarakat yang mungkin berada jauh daripada konflik secara geografi, tetapi dikaitkan rapat oleh warisan dan kepercayaan.

“Apa sahaja tindakan yang kita pilih untuk ambil di Singapura dengan harapan ia membantu menamatkan penderitaan di Gaza, kita perlu mempertimbangkan bagaimana ia memberi kesan kepada keamanan dan keselamatan dalam masyarakat kita sendiri,” ujar Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >