Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rafah terus dibedil, Netanyahu janji ‘laluan selamat’ kepada rakyat Palestin

Feb 11, 2024 | 01:37 PM



GAZA: Ancaman pencerobohan Israel ke Rafah, bandar paling selatan di Gaza, berterusan pada 11 Februari, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, menjanjikan “laluan selamat” kepada orang awam yang berpindah untuk mencari perlindungan di bandar itu.


Dalam satu wawancara, Encik Netanyahu menyatakan sekali lagi hasratnya untuk melanjutkan operasi ketenteraan Israel ke bandar Rafah.

Walaupun pihak antarabangsa meluahkan kebimbangan terhadap potensi berlakunya pembunuhan beramai-ramai di bandar yang sempit itu, yang didiami lebih separuh daripada 2.4 juta penduduk Palestin di Jaluran Gaza, Encik Netanyahu memberitahu ABC News: “Kami akan melakukannya.”


Beliau akur “dengan Amerika” bahawa operasi itu perlu terlebih dahulu dirancang dari segi kesannya ke atas orang awam.

“Kami akan melakukannya dan menyediakan laluan selamat untuk penduduk awam supaya mereka boleh berpindah,” katanya, menurut petikan wawancara itu.

Bagaimanapun, tidak jelas ke mana bilangan besar penduduk Palestin yang melarikan diri untuk berlindung di khemah sementara di Rafah, yang bersempadan dengan Mesir, boleh berpindah.

Apabila ditanya, Encik Netanyahu hanya berkata Israel “sedang membuat rancangan terperinci”.


Pengumuman Israel berhubung hasratnya melakukan operasi ketenteraan di Rafah, dikatakan bertujuan memusnahkan batalion Hamas di bandar dekat selatan Jaluran Gaza, mengundang kecaman pemimpin dunia.

Kebanyakan pemimpin dunia menyifatkan cadangan operasi ketenteraan Israel itu akan mengundang bencana kemanusiaan di bandar yang menjadi lokasi terakhir pelarian Palestin berlindung, selain ia dikatakan bakal membangkitkan kemarahan Mesir.

Ia selepas Encik Netanyahu mengarahkan tentera memberi tumpuan perhatian di Rafah serta meminta pegawai tentera dan keselamatan ‘mengemukakan rancangan rangkai kepada Kabinet untuk mengosongkan penduduk dan menghancurkan batalion’ Hamas di bandar itu.


Ketetapan itu dibuat susulan kritikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden terhadap tindak balas Israel ke atas serangan pada 7 Oktober lalu, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Rentetan itu, pemimpin Hamas pada 10 Februari, memberi amaran operasi ketenteraan dirancang Israel di Rafah bakal menyebabkan kematian ‘puluhan ribu’ pelarian Palestin yang berlindung di bandar berkenaan, menurut Berita Harian Online Malaysia, yang memetik laporan AFP.


Hamas menerusi kenyataan berkata, sebarang tindakan ketenteraan akan menimbulkan bencana yang ‘boleh menyebabkan puluhan ribu terbunuh dan cedera jika Rafah diserang’.

Sementara itu, Pejabat Presiden Palestin, Encik Mahmud Abbas, berkata tindakan penjajahan Israel mengancam keselamatan dan keamanan di rantau itu dan dunia.

“Ini adalah pelanggaran ke atas semua had secara terang-terangan,” katanya.

Pegawai Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Encik Josep Borell, menerusi ciapannya di aplikasi X pula berkata: “Saya ulangi amaran beberapa negara anggota EU, serangan Israel ke atas Rafah bakal menyebabkan bencana kemanusiaan yang tidak dapat diungkapkan dan ketegangan serius dengan Mesir”.


“Meneruskan rundingan pembebasan tawanan dan menghentikan permusuhan adalah satu-satunya kaedah mengelak pertumpahan darah,” katanya.


Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, menerusi ciapan di aplikasi X turut memperingatkan ‘pertumpahan darah berterusan di Gaza tidak boleh dibenarkan’.


Menteri Luar Britain, Encik David Cameron, juga mengakui ‘sangat bimbang kemungkinan operasi ketenteraan di Rafah’.


Sehingga kini, operasi ketenteraan Israel di Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 28,064 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >