Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jual wade $1 demi penuhi amanah isteri, bukan ‘potong jalan’ peniaga lain

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jual wade $1 demi penuhi amanah isteri, bukan ‘potong jalan’ peniaga lain

Mar 21, 2024 | 04:57 PM



Sebelum kehilangan isterinya pada Julai 2022, Encik Raj Govin, pemilik jenama Mr Wadeh, pernah diamanahkan oleh mendiang supaya mengekalkan harga berpatutan bagi pelanggan di Bazar Hari Raya Geylang Serai atas sokongan yang diberi sepanjang dua dekad bertapak di situ.

Peniaga berusia 66 tahun itu, menetapkan harga $1 sekeping, tidak diubah sejak 2023, bagi gorengan ala India, dipanggil wade itu, yang rendah sedikit berbanding pesaing lain.

Dengan had sewa ditetapkan pada $15,000 oleh penganjur pada 2024, berbanding kos melebihi $20,000 ditampung Encik Raj pada 2023, beliau juga berpendapat sebaiknya penjimatan itu dikongsi kepada pelanggan.







Namun malangnya, menurut Encik Raj, beliau mendakwa ada pihak yang menganggap beliau ‘memotong jalan’ perniagaan lain dengan menetapkan harga itu.

“Kami hanya perniagaan kecil sahaja, dan tidak berniat merampas pelanggan,” katanya ketika ditemui Berita Harian.


“Mereka (jenama lain) mempunyai kedudukan lebih besar dalam pasaran ini, meskipun dengan harga lebih tinggi mereka pasti akan dapat meraih penjualan lebih besar daripada saya,” katanya.

Menurutnya, terdapat enam hingga tujuh perniagaan lain di bazar tersebut yang menjual makanan serupa.

Encik Raj juga mendakwa, dua biji telur telah dicampak ke dalam gerainya pada minggu pertama gerainya dibuka, namun beliau tidak mahu menuduh sebarang pihak atau melakukan sebarang spekulasi terhadap kejadian itu.

“Saya tidak mahu lagi membincangkan tentang hal ini dan mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan saya,” kata Encik Raj.

Penganjur bazar juga telah bertindak dengan meningkatkan usaha pemantauan dan keselamatan.







Mr Wadeh merupakan antara 500 gerai yang disediakan di bazar Hari Raya Geylang Serai pada 2024.

Encik Raj menguruskan gerai itu bersama dua orang anaknya serta dua lagi pekerja.

Satu gambar kecil isteri Encik Raj, mendiang Cik Manonmany diletak di atas meja pembayaran sebagai peringatan.

Beliau meninggal dunia pada usia 60 tahun.







“Saya sayang sekali dengan isteri saya,” luah Encik Raj yang enggan mendedahkan sebab kematian orang tersayangnya itu.

“Saya menetapkan harga $1 ini hanya bagi memenuhi kehendak arwah isteri saya yang diamanahkan kepada saya.”

Encik Raj berkata berniaga di bazar Geylang Serai itu umpama khidmat kepada masyarakat di mana pelanggan membeli-belah demi persiapan Hari Raya dan untuk berbuka puasa.

Terdapat juga golongan penduduk serta pekerja berpendapatan rendah di persekitaran Geylang Serai yang sering melanggan kedainya.

Encik Raj berkata beliau juga menerapkan daya operasi kecil dengan berniaga sehingga 9 malam atau 10 malam sehingga stok yang diperuntuk bagi hari itu habis dijual.

“Usah naikkan harga ikut kehendak sendiri,” katanya.

“Sebaiknya kami harus membuat pelanggan rasa bahagia membeli-belah di sini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >