Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jualan runcit S’pura naik 1% pada Jul

Disokong penjualan kenderaan sejak beberapa bulan di tengah kuota COE lebih tinggi
Sep 5, 2024 | 4:23 PM
Jualan kenderaan bermotor melonjak 27.2 peratus ekoran kenaikan kuota COE.
Jualan kenderaan bermotor melonjak 27.2 peratus ekoran kenaikan kuota COE. - Foto ST

Jumlah penjualan beli-belah di Singapura bertukar positif pada Julai, sedang kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang lebih tinggi meningkatkan jualan kereta.

Jualan runcit meningkat 1 peratus pada Julai dari bulan sama pada 2023, membalikkan penurunan 0.6 peratus pada Jun.

Jualan berada di bawah unjuran kenaikan 1.3 peratus oleh ahli ekonomi dalam tinjauan Bloomberg.

Selain itu, tidak termasuk jualan kenderaan bermotor, penjualan runcit pada Julai jatuh 2.3 peratus, melanjutkan kejatuhan 3.1 peratus pada Jun.

Jualan runcit telah disokong oleh penjualan kenderaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Jika tidak, ia sebaliknya menurun atau kekal tidak berubah.

Sembilan daripada 14 kategori runcit mencatatkan penurunan jualan tahun-ke-tahun pada Julai, menurut data Jabatan Perangkaan pada 5 September.

Penjualan di gedung membeli-belah jatuh paling banyak, sebanyak 11.2 peratus, manakala jualan pakaian dan kasut turun 10.3 peratus.

Barangan optik dan buku pula jatuh 8.7 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh jualan buku yang lebih rendah, lapor The Straits Times (ST).

Sebaliknya, jualan kenderaan bermotor melonjak 27.2 peratus, manakala perolehan di stesen minyak, pasar raya dan pasar raya besar, serta jualan makanan, alkohol, jam tangan dan barang kemas, meningkat antara 0.8 peratus dengan 4.7 peratus.

Jumlah nilai jualan runcit dianggarkan $4 bilion pada Julai, dengan 11.9 peratus datang daripada beli-belah dalam talian, sama dengan 12.1 peratus yang dicatatkan pada Jun.

Jualan runcit dalam talian menyumbang kepada 49.4 peratus daripada jumlah jualan peralatan komputer dan telekomunikasi, 31.8 peratus jualan perabot dan peralatan rumah tangga, dan 12.9 peratus daripada jualan di pasar raya dan pasar raya besar.

Sementara itu, jualan perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 0.2 peratus tahun-ke-tahun pada Julai, lebih perlahan daripada pertumbuhan 1.9 peratus pada Jun.

Hasil katering makanan meningkat 18.8 peratus, manakala penjualan di kafe, pusat makanan dan tempat makan lain meningkat 2.5 peratus.

Bagaimanapun, penjualan jatuh 6.6 peratus di kedai makanan segera dan 3.7 peratus di restoran.

Jumlah nilai jualan perkhidmatan makanan dan minuman pada Julai dianggarkan $989 juta, dengan 23.8 peratus datang daripada wadah dalam talian, sama seperti pada Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg