Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jumlah derma dalam talian merosot pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah derma dalam talian merosot pada 2023

Feb 13, 2024 | 02:59 PM



Wadah sumbangan digital nasional, giving.sg, yang membolehkan orang ramai menderma kepada kira-kira 600 badan amal berdaftar di Singapura, menyaksikan kemerosotan jumlah derma buat kali pertama pada 2023, selepas pertumbuhan selama empat tahun berturut-turut.


Platform itu, yang turut membolehkan pengguna untuk menjadi sukarelawan dan mengumpul dana untuk tujuan amal, mengumpul $94.6 juta pada 2023 – penurunan 3.5 peratus daripada $98 juta yang diterima pada 2022.

Ia juga menyaksikan penurunan pengguna unik buat kali ketiga sejak 2021, selepas ia mengalami lonjakan dalam bilangan penderma pada permulaan wabak pada 2020.

Terdapat kira-kira 177,000 penderma pada tahun 2020, tetapi jumlah itu telah menurun setiap tahun sejak itu.

Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Nasional (NVPC), yang menyelia giving.sg berkata, terdapat kira-kira 114,000 penderma pada 2023.


Walaupun terdapat peningkatan bilangan kempen di platform iaitu individu yang memulakan kutipan dana mereka sendiri, mereka mengumpul derma yang lebih sedikit pada 2023, kata NVPC.

Sejumlah $9.9 juta dikumpulkan melalui lebih daripada 2,400 kempen pada 2023, berbanding $10.8 juta daripada lebih 1,800 kempen pada 2022.

Ketua pegawai eksekutif NVPC, Encik Tony Soh berkata, penurunan dalam jumlah penderma dan derma mungkin disebabkan oleh pembetulan pascapandemik, di mana penderma mungkin mempelbagaikan kaedah pemberian mereka, atau kembali kepada derma luar talian.

Inflasi yang meningkat dan kebimbangan kos sara hidup dalam beberapa tahun kebelakangan ini, juga boleh menjejas sumbangan, katanya.

Encik Soh menyatakan bahawa jumlah penderma, derma dan kempen mengumpul dana, kekal lebih tinggi daripada tahap prapandemik.

NVPC berkata walaupun penderma unik lebih sedikit, purata derma bagi setiap penderma telah meningkat secara berterusan selama ini, meningkat daripada kira-kira $530 pada 2020 kepada kira-kira $830 pada 2023.

Encik Soh percaya semangat murah hati di kalangan rakyat Singapura akan kekal kukuh pada 2024, walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Beliau berkata mereka secara konsisten menunjukkan kesediaan yang luar biasa, untuk menderma dan menjadi sukarelawan untuk tujuan yang sesuai dengan mereka.

“Walaupun landskap makro mungkin menimbulkan masalah bagi sektor itu, ia juga merupakan peluang bagi rakyat Singapura untuk tampil dan bersatu bagi memajukan individu dan membentuk masyarakat yang kukuh,” katanya.

Pendermaan dalam talian dan platform crowdfunding lain, turut memberikan laporan awal mereka bagi pungutan tahun 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >