Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jumlah penumpang pengangkutan awam naik hampir ke paras 2019

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah penumpang pengangkutan awam naik hampir ke paras 2019

Dec 31, 2023 | 07:30 PM



Walaupun jumlah penumpang pengangkutan awam terus meningkat pada 2023, bilangan perjalanan yang dibuat dengan bas dan kereta api masih belum kembali ke paras sebelum pandemik Covid-19.

Bilangan penumpang pengangkutan awam yang menuju ke Kawasan Pusat Bandar (CBD) semasa waktu sibuk pagi hari bekerja juga kekal lebih rendah berbanding sebelum pandemik.

Jumlahnya agak jauh lebih rendah berbanding jumlah keseluruhan penggunaan bas dan kereta api.

Sementara itu, jumlah trafik di ekspreswe hampir pulih sepenuhnya. Ini menyebabkan lebih banyak kesesakan trafik semasa waktu sibuk, menurut The Straits Times (ST).


Pakar industri berkata trend tersebut kemungkinan besar mencerminkan amalan pekerjaan dan perniagaan lebih fleksibel di Singapura selepas pandemik, walaupun kebanyakan interaksi kini kembali dilakukan secara bersemuka.

Pada Oktober 2023, yang merupakan tempoh terkini yang paling mewakili penggunaan pengangkutan awam biasa sebelum cuti akhir tahun, secara purata, bilangan penumpang harian bas dan kereta api mencapai sekitar 95 peratus daripada paras 2019.

Jumlah penumpang bas pulih pada kadar lebih perlahan. Secara purata, jumlah penumpang harian mencecah sekitar 93 peratus daripada paras sebelum pandemik pada Oktober.

Sementara itu, secara purata, bilangan penumpang harian bagi kereta api mencapai 97 peratus daripada paras 2019, menurut perangkaan yang diberikan kepada ST oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), yang tidak memberi angka jumlah penumpang yang tepat.


Jumlah penumpang pengangkutan awam sudah pun mencecah 90 peratus paras sebelum pandemik pada Januari 2023.

Bagaimanapun, pemerhati industri sebelum ini berkata ia akan mengambil masa sebelum jumlah penumpang bas dan kereta api kembali ke paras tertinggi yang dilihat pada 2019 sebelum pandemik.

Pada Oktober 2019, secara purata, jumlah perjalanan bas dan kereta api mencapai 7.81 juta sehari, dengan kira-kira 4.17 juta bagi bas dan 3.64 juta bagi kereta api.

Pada Oktober 2020, kira-kira sembilan bulan selepas pandemik Covid-19 merebak di sini, jumlahnya menjunam kepada purata 5.57 juta perjalanan bas dan kereta api sehari, iaitu kira-kira 71 peratus daripada paras 2019.

Ketua program pengangkutan bandar di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira, berkata data pengangkutan awam CBD seiring dengan apa yang beliau perhatikan sejak sekitar dua tahun lalu.

Menurutnya, walaupun kebanyakan tempat kerja tidak lagi memberi kelonggaran penuh untuk bekerja dari rumah, “kesan kumulatif dasar kelonggaran kerja dan perubahan yang dibuat oleh organisasi dari segi kegunaan ruang pejabat nampaknya menyebabkan perjalanan semasa waktu puncak tradisional, merosot secara berterusan”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >