Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jururawat rebut peluang ikuti program Diploma Bekerja dan Belajar ITE

Sep 30, 2024 | 10:22 PM
Jururawat Biasa (EN) di Universiti Hospital Nasional (NUH), Cik Siti Zulaiha Mohd Sukaimi, kini lebih bersedia merebut peluang mengikuti Diploma Bekerja dan Belajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam bidang kejururawatan (WSDip) bagi membolehkannya meningkatkan kemahiran.
Jururawat Biasa (EN) di Universiti Hospital Nasional (NUH), Cik Siti Zulaiha Mohd Sukaimi, kini lebih bersedia merebut peluang mengikuti Diploma Bekerja dan Belajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam bidang kejururawatan (WSDip) bagi membolehkannya meningkatkan kemahiran. - Foto ST

Sambil membantu doktor dan bidan menyambut bayi di wad bersalin selama hampir 13 tahun, Cik Siti Zulaiha Mohd Sukaimi, 33 tahun, juga merupakan penjaga utama arwah ibunya, termasuk menemaninya menghadiri janji temu perubatan dan sesi dialisis.

Mengutamakan tanggungjawab menjaga ibunya, beliau terpaksa menangguhkan rancangan meningkatkan kemahiran.

Namun, ibunya telah meninggal dunia pada 2018.

Kini, Jururawat Biasa (EN) di Hospital Universiti Nasional (NUH) itu ingin memanfaatkan Diploma Bekerja dan Belajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam bidang kejururawatan (WSDip) bagi membolehkannya meningkatkan kemahirannya.

Beliau adalah antara 33 jururawat berdaftar yang menjadi kohort pertama program WSDip itu, yang baru dilancarkan di Bangunan Kolej Perubatan pada 30 September.

Pelancaran tersebut dihadiri Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, selaku tetamu terhormat.

Menurut satu kenyataan ITE, program WSDip itu menyediakan laluan tambahan untuk jururawat biasa atau enrolled nurse (EN) menaik taraf diri kepada jururawat yang sudah didaftarkan, atau registered nurse (RN).

Menurutnya, reka bentuk kurikulum WSDip itu berdasarkan kecekapan teras untuk RN dan memenuhi standard pendidikan kejururawatan Lembaga Kejururawatan Singapura (SNB).

Dalam program tersebut, para jururawat berdaftar dapat menggabungkan pengajaran di bilik darjah dengan latihan di tempat kerja untuk menyediakan laluan pembelajaran yang menyeluruh.

Ini termasuk sekitar 30 peratus latihan di kampus dan 70 peratus melibatkan kemahiran praktikal serta sistem Latihan Sambil Bekerja (OJT).

Semasa berucap pada pelancaran program WSDip itu di Bangunan Kolej Perubatan pada 30 September 2024, Encik Ong berkata:

“Selain pengambilan, kita perlu mengekalkan daya saing dan pekerjaan jururawat yang mencabar dengan peluang pertumbuhan kerjaya.”

Dalam hal ini, saya percaya peranan dan tanggungjawab jururawat berkembang dengan agak pesat dan pada masa akan datang. Ini kerana sedang penduduk kita semakin menua, profil pesakit kita semakin berubah.”

Bagi Cik Zulaiha, yang telah bertugas di wad pembedahan semenjak Mei 2024, beliau lebih bersedia untuk belajar lagi dengan berbekalkan pengalaman bekerja di NUH.

“WSDip ini akan memberi saya laluan memikul tanggungjawab yang lebih berat sebagai seorang RN, dan saya akan lebih bersedia memberi rawatan yang lebih baik kepada pesakit saya,” ujar beliau, yang akan melanjutkan pengajian WSDip itu selama tiga tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg