Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaya hidup sihat dengan... JustWalkJer

Aug 12, 2022 | 5:30 AM
SAHUT CABARAN: Cik Sapiah kumpulan JustWalkJer bersedia menyahut cabaran mengikut jejak laluan yang disenaraikan oleh program GameOn Nila. - Foto JUSTWALKJER
SAHUT CABARAN: Cik Sapiah kumpulan JustWalkJer bersedia menyahut cabaran mengikut jejak laluan yang disenaraikan oleh program GameOn Nila. - Foto JUSTWALKJER -

SETELAH terjatuh daripada basikalnya yang mencederakan saraf lumbarnya (berkaitan dengan bahagian bawah belakang tubuh) lima tahun lalu, gaya hidup Cik Sapiah Minwari menjadi kurang aktif.

Justeru, pada Januari tahun lalu, Cik Sapiah, 50 tahun menyedari bahawa beliau harus melakukan sesuatu dan mengajak rakan lain untuk bersenam bersama.

Kumpulan tiga ahli itu kemudian dengan perlahan berkembang menjadi besar sehingga hari ini, yang merangkumi lebih 29 ahli yang aktif.

Ahli paling muda berusia 29 tahun dan yang paling tua adalah 71 tahun.

Setiap Selasa, kumpulan bersenam itu akan berjalan meneroka Singapura.

Memanggil diri mereka kumpulan JustWalkJer, pengasasnya, Cik Sapiah berkata kumpulan itu bermula sebagai dengan tujuan untuk kekal cergas.

"JustWalkJer dinamakan sedemikian kerana senaman kami adalah berjalan dan dengan kelajuan yang santai. Sesiapa boleh sertai kami pada setiap Selasa pagi," ujar ibu tiga anak itu.

Menurut Cik Sapiah, beliau dan kumpulannya telah mengikut jejak laluan yang disenaraikan oleh program GameOn Nila.

Program tersebut adalah salah satu program senaman di bawah ActiveSG.

Ia berfungsi sebagai permainan digital di aplikasi ActiveSG yang menggalak ahli untuk kekal aktif semasa meneroka Singapura.

Ia sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira tahap kecergasan, dan baik digunakan untuk merapatkan hubungan dengan keluarga dan rakan semasa berada di luar rumah.

GameOn Nila akan memperkenalkan dan senaraikan beberapa laluan jalan di Singapura menurut tema pada tempoh tersebut.

Senarai dan panduan itu akan bertukar setiap beberapa bulan.

Setiap laluan akan disediakan kod QR untuk diimbas setelah individu selesai laluan tersebut kemudian akan mendapat markah.

Sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini, GameOn Nila mengeluarkan pengembaraan yang berkaitan dengan sejarah serta tempat-tempat menarik di Singapura.

Antara laluan jalan yang disenaraikan adalah seperti di Sungai Singapura dan kemudian meneroka kawasan Yew Tee, Boon Lay dan lain-lain lagi.

"Kumpulan kami akan menyertai cabaran dan tempat-tempat yang disarankan oleh GameOn Nila. Jika kami selesai menangani cabaran tersebut, kami akan menerima markah dan boleh menebusnya untuk mendapatkan hadiah.

"Baru-baru ini, beberapa ahli kumpulan telah menebus point mereka yang diraih cabaran-cabaran sebelum ini untuk mendapatkan tiket Preview kedua Hari Kebangsaan Singapura pada 30 Julai lalu," cerita Cik Sapiah.

Beliau turut gembira mendapat peluang menyaksikan NDP yang terakhir di Platform Terapung Marina Bay.

Dengan kumpulan JustWalkJer, Cik Sapiah akur bahawa ia membantunya kekal aktif dan beliau kini lebih berstamina untuk berjalan dengan jarak lebih jauh.

Baru-baru ini, beliau telah berjaya menyelesaikan jarak perjalanan sejauh 21 kilometer dalam satu sesi, berbanding tiga kilometer pada peringkat awal berjalan.

"Setiap ahli dalam kumpulan memberi semangat dan motivasi untuk bersenam bersama. Dengan sistem sokongan yang kuat dan mempunyai pemikiran yang sama, ia lebih mudah untuk bersenam," kata beliau.

GAMEON NILA OLEH ACTIVESG

Fungsi sebagai permainan digital di aplikasi ActiveSG galak ahli kekal aktif dan teroka Singapura

- Sesuai semua peringkat umur tanpa mengira tahap kecergasan

- Baik jika digunakan rapatkan hubungan dengan keluarga, rakan semasa berada di luar rumah.

- Keahlian adalah percuma

Acara GameOn Nila yang masih dijalankan sekarang:

KEMBARA NDP 2022

- Berlangsung 1 Julai hingga 31 Ogos

- Individu boleh teroka jejak kembara seperti di Yew Tee, Boon Lay, East Coast.

- Imbas kod QR yang disediakan untuk mendapatkan markah ActiveSG

- Cabaran kembara akan ditukar setiap beberapa bulan

Maklumat lanjut, sila ke laman www.facebook.com/GameOnNila

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg