Kadar faedah CPF kekal tidak berubah Apr hingga Jun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadar faedah CPF kekal tidak berubah Apr hingga Jun

Mar 11, 2026 | 3:19 PM

Kadar faedah CPF kekal tidak berubah Apr hingga Jun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Akaun Khas, MediSave, Persaraan (SMRA), CPF, SGS, HDB
Kadar faedah bagi simpanan dalam Akaun Khas, MediSave dan Persaraan (SMRA) akan kekal pada 4 peratus setahun, dari 1 April hingga 30 Jun. - Foto fail

Kadar faedah pelbagai akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan kekal sama dari 1 April hingga 30 Jun, menurut kenyataan bersama Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 11 Mac.

Simpanan dalam Akaun Khas, MediSave dan Persaraan (SMRA) akan terus meraih faedah 4 peratus setahun.

Ini kerana kadar sandaran, iaitu purata hasil 12 bulan Sekuriti Pemerintah Singapura (SGS) 10 tahun ditambah 1 peratus (3.24 peratus dari Feb 2025 hingga Jan 2026), adalah lebih rendah daripada kadar faedah asas 4 peratus.

Bagi Akaun Biasa (OA), kadar faedah kekal pada 2.5 peratus setahun.

Kadar sandaran OA, iaitu purata tiga bulan kadar faedah bank utama setempat (0.32 peratus dari Nov 2025 hingga Jan 2026), juga lebih rendah daripada kadar faedah asas 2.5 peratus.

Sejajar dengan itu, kadar faedah konsesi pinjaman rumah HDB, yang disandarkan 0.1 peratus melebihi kadar OA, akan stabil pada 2.6 peratus setahun.

Sebagai usaha meningkatkan simpanan persaraan, pencarum CPF akan terus menerima faedah tambahan.

Mereka yang berusia di bawah 55 tahun akan menerima tambahan faedah 1 peratus bagi $60,000 pertama dalam baki akaun gabungan mereka, dihadkan pada $20,000 untuk OA.

Mereka yang berusia 55 tahun ke atas pula menerima faedah tambahan 2 peratus ke atas $30,000 pertama baki akaun gabungan, dihadkan $20,000 untuk OA, serta tambahan 1 peratus ke atas $30,000 berikutnya.

Faedah tambahan daripada simpanan OA akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas atau Persaraan pencarum.

Bagi mereka 55 tahun ke atas yang menyertai skim Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia (CPF Life), faedah tambahan kekal diberikan ke atas baki akaun gabungan CPF mereka, termasuk simpanan yang digunakan untuk CPF Life.

CPF Life menyediakan bayaran bulanan sepanjang hayat, bermula apabila peserta mencapai usia 65 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg