Jumlah laporan berkaitan dengan kes rasuah di Singapura jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh lima tahun, meneruskan trend merosot buat tahun kelima berturut-turut sejak 2021.

Berdasarkan laporan tahunan 2025 yang dikeluarkan pada 28 April, jumlah laporan berkaitan dengan kes rasuah yang diterima oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) merosot sebanyak 10 peratus, iaitu daripada 177 laporan pada 2024 kepada 160 pada 2025.