Kadar pekerjaan orang kurang upaya naik, sektor logistik tawar peluang kerja
Premium
Kadar pekerjaan orang kurang upaya naik, sektor logistik tawar peluang kerja
Mar 25, 2024 | 5:30 AM
Seorang pelatih Pusat Bizlink menunjukkan proses membungkus barang di Pusat Latihan e-dagang semasa pembukaan Hab Pemboleh Niaga (EBH) pada 13 Disember 2023. - Foto fail
Pengambilan kerja inklusif di Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan perkembangan menggalakkan dengan peningkatan dalam kadar pekerjaan bagi orang kurang upaya, kata Timbalan Ketua Eksekutif agensi yang menyokong golongan kurang upaya, SG Enable, Encik Ron Loh.
Menukil perangkaan pekerjaan terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada 7 Februari 2024, Encik Loh berkata, data yang dikumpul antara 2022 dengan 2023 menunjukkan kadar tersebut telah naik sebanyak 4.5 peratusan mata kepada 32.7 peratus berbanding sebelum pandemik Covid-19 iaitu dari 2018 hingga 2019.
Laporan berkaitan
Hab Pekerjaan Inklusif sokong pengambilan kerja golongan kurang upayaDec 13, 2023 | 8:37 PM
Kurang upaya tapi tetap mahu berdikari, bekerja sendiri Mar 21, 2024 | 1:00 PM

