Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hab Pekerjaan Inklusif sokong pengambilan kerja golongan kurang upaya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Pekerjaan Inklusif sokong pengambilan kerja golongan kurang upaya

Dec 13, 2023 | 08:37 PM



Singapura telah membuat kemajuan ke arah menjadi sebuah masyarakat yang lebih inklusif bagi golongan kurang upaya, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Kemajuan ini berdasarkan peningkatan dalam kadar pengambilan kerja orang kurang upaya, meskipun berdepan dengan cabaran yang dibawa bersama oleh pandemik Covid-19. 

Meskipun terdapat beberapa insentif yang disediakan oleh pemerintah untuk menyokong penggajian orang kurang upaya, namun perjalanan untuk mencapai visi yang ditetapkan dalam Pelan Induk Pengupayaan 2030 yang menyasarkan untuk meningkatkan kadar pekerjaan golongan kurang upaya kepada 40 peratus menjelang 2030, masih lagi jauh, menurut Encik Tharman.

“Cabaran utama terletak pada pengambilan pekerja. Kami mahu memastikan orang kurang upaya mempunyai peluang untuk bekerja jika mereka mahu, untuk menjadi lebih berdikari, dan menyumbang kepada masyarakat sebagai warga negara,” kata Encik Tharman ketika berucap pada pelancaran Hab Pekerjaan Inklusif (EBH)@Jurong pada 13 Disember.

Terletak bersebelahan stesen MRT Lakeside, hab itu bertujuan mendekatkan peluang pekerjaan dan latihan kepada golongan kurang upaya yang menetap di kawasan barat Singapura, terutama mereka yang lebih memerlukan sokongan kerja.

EBH@Jurong ditubuhkan oleh SG Enable dan ia merupakan satu usahasama yang melibatkan syarikat seperti Amazon, Persatuan Logistik Singapura, Politeknik Republik (RP) dan Pusat Bizlink, yang akan mengetengahkan amalan terbaik pengambilan pekerja yang inklusif.

Ia juga menampilkan sebuah Pusat Pekerjaan Inklusif dalam sektor logistik, yang bertujuan untuk melibatkan majikan yang lebih inklusif dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang kurang upaya dalam industri tersebut.

Selain daripada latihan yang disasarkan, terdapat juga sokongan pekerjaan bagi golongan kurang upaya, termasuk penilaian vokasional, pemadanan pekerjaan, dan sokongan selepas penempatan, dengan jurulatih kerja menawarkan sokongan lanjutan sehingga 24 bulan.

EBH@Jurong dijangka memberi sokongan pekerjaan kepada lebih 500 orang kurang upaya dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Encik Tharman berkata hab sedemikian merupakan salah satu cara penting dan praktikal untuk membantu orang kurang upaya mendapatkan pekerjaan.

Namun, beliau menekankan bahawa ia masih memerlukan sokongan dari setiap rakyat Singapura yang boleh memainkan peranan aktif bagi menyokong serta memudahkan pekerjaan inklusif untuk semua.

“Menggajikan orang kurang upaya bukan hanya soal pekerjaan dan produktiviti. Dan ini bukan hanya soal tanggungjawab sosial korporat, atau CSR.

“Pada asasnya, ia membolehkan orang kurang upaya memenuhi keinginan mereka untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna dan yang dapat menyumbang.

“Dan syarikat yang telah membuat peralihan ke tempat kerja yang merangkumi orang kurang upaya sering mendapati bahawa rakan sekerja menjadi lebih menyokong antara satu sama lain dan lebih bermotivasi di tempat kerja, malah pelanggan menjadi lebih memahami.

“Dalam erti kata lain, menerima orang kurang upaya dapat membantu mengalihkan budaya kita bagi kebaikan ramai,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >