JIKA anda seorang pencinta fesyen pakaian sopan, peminat hiasan rumah dan penggemar makanan, maka anda tidak lagi perlu melawati banyak kedai yang berbeza.

Hal ini kerana segala tawaran sudah ada tersedia dalam satu bangunan yang sama di Zaryluq, Jannat dan Bana Bana Cafe.

Pengasas Zaryluq, Cik Zary Banakhani, berkata semua perkhidmatan ini berada dalam satu bangunan yang sama, di mana ia menyediakan kafe menarik dan hiasan rumah di aras satu dan butik fesyen serta hiasan rumah di aras dua.

"Zaryluq menawarkan rekaan pakaian sederhana yang hadir de-ngan corak sesuai untuk Muslimah. Tampil dengan gaya ringkas, busana Zaryluq turut mementingkan konsep rekaan yang sederhana, tetapi anggun dipakai. Justeru, kami menekankan pilihan warna dan gaya campur yang sesuai dari koleksi asas hingga premium.

"Tambahan pula, kebanyakan pasaran tidak menawarkan potongan saiz baju yang besar sehingga memaksa pelanggan menempah baju di kedai lain dengan kos lebih tinggi. Tetapi, Zaryluq menyediakan rekaan variasi saiz yang bermula dari S hingga 10XL bagi memenuhi kehendak semua pelanggan.

"Oleh itu, para pelanggan dapat menggayakan busana tanpa risau tentang ukuran baju kerana penyediaan pelbagai saiz membuat sesiapa sahaja boleh memakainya. Jadi, anda boleh tampil bergaya dan sopan dengan rekaan kemas dari Zaryluq," ujar Cik Zary.

Seiring dengan kemajuan, Zaryluq juga telah berkembang dengan meluaskan perniagaannya dalam bidang hiasan rumah dan perkhidmatan makanan.

Ia turut menyediakan penjualan dekorasi rumah yang dipanggil Jannat oleh Zaryluq.

Jannat menawarkan pelbagai hiasan rumah buatan tangan yang diilhamkan dari Bali dan inspirasi dari Papua New Guinea untuk reka bentuk rotan dan Tribal.

Pihaknya juga memulakan perjalanan baru di bawah perkhidmatan Makanan dan Minuman (F&B) dengan menubuhkan sebuah kafe yang berkonsep khidmat bungkus makanan dan bawa pulang.

Sebagai menu yang istimewa, ia menyediakan pastri Perancis dan makanan yang menggabungkan budaya tempatan dan Barat.

Antara menu kegemaran ramai ialah Lasagna Ayam Merah yang mendapat banyak perhatian pelanggan hingga habis dijual dalam sehari saja.

"Bagi penggemar kopi pula, anda boleh berkunjung ke Bana Bana Cafe untuk menikmati aroma kopi bersama kek keju dan tart yang lazat,'' ujar Cik Zary.

Bana Bana Cafe dan Jannat adalah usaha baru yang dimulakan pada Januari 2021, sementara Zaryluq telah dimulakan sejak 2017.

Pada awalnya, butik Zaryluq hanyalah sebuah bilik pameran kecil di Kallang Pudding Road, tetapi kini ia berjaya berkembang ke platform yang besar di kawasan Bugis.

"Dengan pembukaan perniagaan di North Bridge Road, kami mendapati sasaran pelanggan kami telah berkembang dari komuniti Muslim ke masyarakat tempatan pelbagai kaum dan warga asing. Setelah bertahun-tahun, kami berjaya mengubah arah untuk memberi perkhidmatan dengan lebih baik kepada komuniti yang berbeza.

"Di sini, kami ingin memberitahu berita baik untuk anda, dimana Zaryluq sedang mengadakan potongan harga sehingga 75 peratus untuk rekaan pakaian yang disediakan.

Bagi barangan hiasan rumah pula, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan Atome untuk bayaran ansuran.

Tidak terlepas, Bana Bana Cafe menawarkan harga promosi makan tengah hari iaitu $9.90 bagi makanan utama dan tawaran set minuman bundle untuk dua orang, empat dan enam hingga lapan orang.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti