Kampong AI akan dibangun di One-North

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kampong AI akan dibangun di One-North

Mar 2, 2026 | 4:57 PM

Kampong AI akan dibangun di One-North

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
COS, Kampong AI, One-North, MTI
Lakaran artis bagi Kampong AI di LaunchPad @ One-North yang akan menawarkan ruang kerja dan kediaman, di mana syarikat pemula, penyelidik dan rakan industri AI boleh berkumpul dan menguji idea mereka. - Foto JTC

Sebuah taman kecerdasan buatan (AI) dipanggil Kampong AI akan dibangunkan syarikat JTC di LaunchPad @ One-North.

Diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, Kampong AI akan menjadi masyarakat syarikat pemula bersepadu pertama di Singapura yang menawarkan ruang kerja dan kediaman.

Ia bakal menjadi hab tumpuan syarikat pemula, penyelidik dan rakan industri AI untuk bekerjasama dan menguji idea, bagi memacu pertumbuhan ekonomi masa depan Singapura.

Dijangka siap pada 2028, pengumuman itu dibuat semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) di Parlimen pada 2 Mac.

Kampong AI akan merangkumi dua blok – blok AI dengan 14,500 meter persegi unit taman perniagaan untuk menempatkan sehingga 70 syarikat dan ruang acara; serta blok bersebelahan yang menawarkan lebih 200 unit kediaman.

Fasa perintisnya akan bermula pada Mac 2026, menggunakan ruang kerja sedia ada di LaunchPad @ One-North, membolehkan syarikat AI dan syarikat pemula melaksana operasi lebih awal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg