Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kampus baru SUSS di bekas tapak Pusat Rochor, siap jelang pertengahan 2030-an

Mar 6, 2025 | 5:46 PM
Kampus baru Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan dibina di bekas tapak Pusat Rochor (dalam gambar), dan dijangka siap dibina menjelang pertengahan 2030-an. 
Kampus baru Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan dibina di bekas tapak Pusat Rochor (dalam gambar), dan dijangka siap dibina menjelang pertengahan 2030-an.  - Foto ST

Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan mempunyai kampus baru yang akan dibina di bekas tapak dan sekitar kawasan Pusat Rochor, dengan ia dijangka siap dibina menjelang pertengahan 2030-an, umum Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Berkongsi butiran lanjut mengenai kampus baru itu, Encik Chan berkata “sudah tiba masanya bagi SUSS mempunyai kampus sendiri yang disatukan untuk menampung jumlah pendaftarannya yang semakin meningkat”.

Pada masa ini, SUSS menyewa beberapa premis, termasuk lokasi utamanya di Clementi Road.

Ini bagaimanapun “bukan aturan ideal”, kata Encik Chan semasa perbahasan Jawantakuasa Perbekalan (COS) kementeriannya di Parlimen pada 6 Mac.

Encik Chan berkata kampus baru SUSS itu bukan hanya sebuah bangunan, namun akan direka untuk membolehkan kakitangan dan pelajarnya mencipta pengetahuan dan cadangan nilai baru, dengan dan untuk industri serta masyarakat.

Selain itu, kampus itu akan menghubungkan pelajar dengan alumni, industri dan rakan masyarakat merentas generasi untuk merapatkan pelbagai perspektif dan mengatasi perbezaan, serta menyumbang kepada masyarakat.

“SUSS mesti menjadi mercu tanda bagi pembelajaran sepanjang hayat, meritokrasi berterusan, penuh belas kasihan, dan definisi kejayaan lebih luas.

“Kami akan mula menggerakkan idea dan tenaga pelajar, kakitangan dan alumni SUSS untuk mereka bentuk kampus itu dan menjadikan ia satu realiti menjelang pertengahan 2030-an,” kata Encik Chan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg