Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal layar mewah milik usahawan Australia kandas di Sentosa

Oct 17, 2023 | 3:35 PM
TERKANDAS: Sebuah kapal layar yang dilaporkan dimiliki seorang usahawan perlombongan dan bekas anggota parlimen Australia, Encik Clive Palmer, terkandas di Selat Buran berhampiran Sentosa pada Isnin petang.
TERKANDAS: Sebuah kapal layar yang dilaporkan dimiliki seorang usahawan perlombongan dan bekas anggota parlimen Australia, Encik Clive Palmer, terkandas di Selat Buran berhampiran Sentosa pada Isnin petang. - Foto PEMBACA ST

Sebuah kapal layar mewah yang mengibarkan bendera Malta, terkandas di Selat Buran berhampiran Sentosa pada Isnin petang.

Menurut pelbagai media Australia, kapal layar itu, bernama Australia, dipercayai dimiliki seorang usahawan perlombongan dan bekas anggota parlimen Australia, Encik Clive Palmer.

Tidak diketahui sama ada Encik Palmer berada di atas kapal itu ketika ia terkandas.

Kapal layar mewah sepanjang 56 meter itu bernilai sekitar AS$40 juta ($34.7 juta) dan dilaporkan dilengkapi jakuzi, bar dan bilik suite VIP.

Seorang penduduk di Sentosa, yang juga seorang pembaca akhbar The Straits Times (ST), berkata beliau menyedari kapal layar itu tersekat dan condong ketika beliau melihat ke arah laut sekitar 5.30 petang.

Penduduk itu, yang enggan mendedahkan namanya, berkata terdapat banyak batu di kawasan kapal layar itu dan sebahagian daripadanya dapat dilihat ketika air surut.

Pengarah syarikat sewa kapal layar Wanderlust Adventures, Encik Quek Wee Teck, 45 tahun, memberitahu ST ini adalah kali kedua pada bulan ini beliau melihat kejadian sedemikian berlaku di kawasan itu.

Seorang jurucakap Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata Pusat Kawalan Keselamatan Kelautan, yang dikendalikan MPA, dimaklumkan tentang kejadian itu sekitar 4.30 petang pada Isnin.

Tiada pencemaran dilaporkan dan tiada kecederaan kepada anak kapal kapal layar itu.

“Sejak itu, kapal layar itu telah diapung semula dan akan berlabuh untuk memudahkan penilaian kerosakan.

“Terdapat tiada gangguan kepada operasi pelabuhan akibat kandas itu. MPA akan menyiasat kejadian tersebut,” kata jurucakap MPA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg