Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kariah Simei Street 1 dan Tampines Street 81 giat sedia tempat tarawih bagi penduduk

Mar 11, 2024 | 3:30 PM
Pengerusi Kariah Golden Pine, Encik Ibrahim Akbar (kanan) bersama bendahari jawatankuasa kariah tersebut, Encik Khamis Shukor, 69 tahun, kelihatan membentang sejadah di ruang kariah di Blok 827A Tampines Street 81.
Pengerusi Kariah Golden Pine, Encik Ibrahim Akbar (kanan) bersama bendahari jawatankuasa kariah tersebut, Encik Khamis Shukor, 69 tahun, kelihatan membentang sejadah di ruang kariah di Blok 827A Tampines Street 81. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

Di Simei Street 1, ruang di kolong Blok 116 kelihatan dikepung dengan bahan tarpaulin berwarna biru bagi memastikan urusan solat tidak mengganggu lalu lintas orang awam.

Kepungan itu disediakan sejak 7 Mac dan kemudian kerja cuci lantai serta pembentangan tikar dilaksanakan pada 8 Mac.

Encik Mohd Said Ali, 64 tahun, pengerusi bersama Jawatankuasa Kejiranan Islam Simei, berkata, ini kali pertama tarawih disediakan di kolong blok kawasan itu selepas empat tahun ditiadakan ekoran pandemik Covid-19, serta cabaran kesuntukan masa untuk menyediakan tempat itu pada 2023.

Tarpaulin disediakan bagi menutup kolong Blok 116, Simei Street 1, bagi menyediakan ruang solat tarawih sepanjang Ramadan.
Tarpaulin disediakan bagi menutup kolong Blok 116, Simei Street 1, bagi menyediakan ruang solat tarawih sepanjang Ramadan. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

Tempat solat itu berupaya menampung seramai 800 hingga 900 ahli jemaah, tambahnya.

Anggota Jawatankuasa Kejiranan Islam Simei, (dari kanan), pengerusi Encik Mohd Said Ali, 64 tahun; bersama ahli jawatankuasa, Encik Mahat Hamid, 69 tahun; Enci Jaffar Hamzah, 75 tahun; dan Encik Sadik Zaman Shah, 60 tahun.
Anggota Jawatankuasa Kejiranan Islam Simei, (dari kanan), pengerusi Encik Mohd Said Ali, 64 tahun; bersama ahli jawatankuasa, Encik Mahat Hamid, 69 tahun; Enci Jaffar Hamzah, 75 tahun; dan Encik Sadik Zaman Shah, 60 tahun. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

“Tidak seperti dahulu, kali ini kami kepung sepenuhnya dari lantai ke bumbung kolong blok sebab kita mahu memastikan, urusan solat berjemaah tidak mengganggu orang ramai yang hendak lalu di sini,” katanya ketika ditemui di Blok 116.

“Tahun ini juga, kami berupaya mendapat dua bahagian kolong blok berbanding setengah kolong sahaja dahulu.

“Ini sebab kami mahu menyediakan lebih banyak tempat solat serta membuatnya lebih selesa untuk jemaah.

“Berdasarkan pengalaman kami dahulu, pada malam-malam tertentu Ramadan seperti minggu pertama dan 10 hari terakhir, jemaah akan berlimpah keluar hingga blok sebelah. Jadi sebaik mungkin kami mahu sediakan ruang yang sebanyaknya di sini sahaja.”

Encik Mohd Said, yang juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Changi-Simei berkata permohonan bagi kariah tersebut dihantar pada November dan diluluskan pada Januari.

Anggota kanan kariah, Jawatankuasa Kejiranan Islam Simei, Encik Jaffar Hamzah, telah menyertai jawatankuasa tersebut hampir 30 tahun.
Anggota kanan kariah, Jawatankuasa Kejiranan Islam Simei, Encik Jaffar Hamzah, telah menyertai jawatankuasa tersebut hampir 30 tahun. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

“Ramai penduduk yang bertanya tahun ini ada ke tak (tempat tarawih di kolong blok). Alhamdulillah, tahun ini ada dan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu,” kata seorang lagi anggota kanan kariah tersebut, Encik Jaffar Hamzah, 75 tahun.

Di satu blok flat studio di Tampines Street 81, yang kebanyakan didiami warga emas, sebuah ruang serba guna di tingkat dua dijadikan kariah yang boleh menampung sehingga 300 jemaah.

Persiapan dijalankan sejak 8 Mac, termasuk pembentangan tikar, menyediakan sistem bunyian, serta hiasan bagi memeriahkan suasana.

Dewan serba guna di tingkat dua Blok 827A Tampines Street 81 dijadikan tempat solat.
Dewan serba guna di tingkat dua Blok 827A Tampines Street 81 dijadikan tempat solat. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

Ruang serba guna di blok 827A itu sering digunakan pihak akar umbi di kawasan tersebut untuk menganjurkan aktiviti bagi warga emas, seperti senaman dan kegiatan kemasyarakatan.

Ia dijadikan tempat solat tarawih sepanjang Ramadan ini, termasuk mengadakan kenduri arwah, sempena Ramadan pada 9 Mac Malam.

Pengerusi kariah yang digelar Kariah Golden Pine itu, Encik Ibrahim Akbar, 66 tahun, berkata ruang solat itu teramat penting khususnya bagi populasi warga emas yang besar di kawasan itu.

Pengerusi Kariah Golden Pine, Encik Ibrahim Akbar, 66 tahun.
Pengerusi Kariah Golden Pine, Encik Ibrahim Akbar, 66 tahun. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

“Kalau mahu naik bas ke Ghufran pun, perlu naik dua bas. Kadang Cik naik, dah masuk dua atau empat rakaat baru Cik sampai,” sambung Cik Norinin Salleh, seorang ahli jawatankuasa kariah tersebut ketika ditemui.

“Maklumlah, kita pun dah tak kuat jalan, jadi ada kariah macam ni sangat penting buat orang-orang kita di sini,” tambah beliau.

Bagi memeriahkan suasana, Cik Norinin sibuk menyediakan hiasan ketupat berwarna warni di ruang serba guna tersebut untuk digantung di dinding, serta lampu lap lip.

Cik Norinin Salleh, 74 tahun, kelihatan menyediakan hiasan ketupat berwarna-warni untuk digantung di kariah Blok 827A, Tampines Street 81.
Cik Norinin Salleh, 74 tahun, kelihatan menyediakan hiasan ketupat berwarna-warni untuk digantung di kariah Blok 827A, Tampines Street 81. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA

Encik Ibrahim berkata, permit juga telah diluluskan bagi ruang kolong blok di tingkat satu bagi sesi solat Aidilfitri yang bakal dihadiri lebih ramai jemaah.

“Selain sesi solat, ini juga tempat penting sepanjang Ramadan ini untuk kami mendekati masyarakat dengan mengadakan pengagihan bubur dan lain-lain lagi,” tambah pesara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg