Masjid Darul Makmur pastikan kebajikan jemaah di ruang sementara terjaga sepanjang Ramadan
Premium
Masjid Darul Makmur pastikan kebajikan jemaah di ruang sementara terjaga sepanjang Ramadan
Bulan Ramadan akan tiba pada 12 Mac. Ramai ingin memastikan masyarakat Islam di sini dapat menjalankan ibadah bersama dengan nyaman dan selesa. Berita Harian (BH) bertemu dengan beberapa kumpulan kariah yang menyediakan tempat sembahyang tarawih di kawasan perumahan, mengetahui lebih lanjut tentang usaha dan persiapan yang mereka lakukan.
Mar 11, 2024 | 5:30 AM
Pengurus Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, ingin memastikan keselamatan serta keselesaan jemaah akan tetap terjamin sepanjang Ramadan ini. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Biarpun ruang yang digunakan adalah sementara tetapi Pengurus Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, ingin memastikan keselamatan serta keselesaan jemaah yang bakal hadir untuk menunaikan sembahyang tarawih akan tetap terjamin.
Dengan itu, banyak penyesuaian yang sudah dilakukan pihak masjid terhadap ruang sembahyang serta pekarangan sekitar bekas tapak Sekolah Menengah North View di Yishun Ring Road menjelang Ramadan 2024.
Laporan berkaitan
Qaryah 14 di Woodlands Street 81 gigih hidupkan suasana RamadanMar 8, 2024 | 4:11 PM
Kariah siap sedia jelang Ramadan, hidupkan tradisi sedia ruang solat tarawihMar 8, 2024 | 3:38 PM

