Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Karyawan perubatan didapati selingkuh dengan teman wanita dalam kenderaan syarikat

Jan 26, 2024 | 6:36 PM
PECAH TEMBELANG: Hasil siasatan Penyiasat Peribadi (PI), didapati karyawan perubatan curang terhadap isterinya setelah lelaki terbabit menggunakan kenderaan syarikat untuk ‘berasmara’ dengan teman wanita di tempat letak kenderaan berat.
PECAH TEMBELANG: Hasil siasatan Penyiasat Peribadi (PI), didapati karyawan perubatan curang terhadap isterinya setelah lelaki terbabit menggunakan kenderaan syarikat untuk ‘berasmara’ dengan teman wanita di tempat letak kenderaan berat. - Foto fail

Seorang karyawan perubatan lelaki dalam lingkungan usia 30-an didapati berselingkuh dengan teman wanitanya, menggunakan kenderaan syarikat.

Kenderaan tersebut dipercayai digunakan untuk mengangkut pesakit.

Dalam kes yang dirungkaikan penyiasat peribadi (PI), lelaki itu didapati menggunakan kenderaan itu untuk berasmara dengan wanita terbabit.

PI mengekori lelaki yang membawa kenderaan itu dari tempat kerjanya.

Lelaki itu singgah di satu lokasi untuk mengambil teman wanitanya lalu memandu kenderaan ke tempat letak kenderaan berat, di mana kenderaan tersebut diletakkan di lot kosong di antara kenderaan berat supaya ia lebih terselindung.

Perselingkuhan itu terbongkar setelah isteri kepada lelaki itu mengesyaki suaminya main kayu tiga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg