Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kata-kata penghormatan kepada PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kata-kata penghormatan kepada PM Lee

Apr 15, 2024 | 08:38 PM



“Sepanjang 20 tahun yang lalu, Encik Lee telah memimpin Singapura dengan kebijaksanaan yang tenang dan tangan yang stabil. Kami terpaksa mengharungi banyak episod ketidaktentuan, daripada Krisis Kewangan Sejagat dan pandemik Covid-19, kepada persekitaran geopolitik yang berpecah belah hari ini.” – Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

“Sebagai Perdana Menteri, komitmennya dan kerja kerasnya telah membentuk Singapura menjadi masyarakat yang makmur, berdaya tahan, dan harmonis. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepimpinan teguh dan komitmen Encik Lee terhadap kesejahteraan rakyat Singapura.” – Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, tentang sumbangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong kepada Singapura.

“Tempoh memegang jawatan Encik Lee telah ditandai dengan komitmennya terhadap perpaduan sosial, terutamanya dalam dunia yang berpecah belah dan masa mencabar, termasuk kemelesetan ekonomi, pandemik atau ketegangan masyarakat. Beliau telah memperjuangkan dasar yang memastikan semua rakyat Singapura, tanpa mengira status sosioekonomi, berpeluang untuk berkembang maju.” – Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

“Bagi pihak penduduk Ang Mo Kio, saya ingin merakamkan penghargaan di atas sumbangan anda kepada Singapura dalam menggalas kewajiban peranan anda sebagai Perdana Menteri. Nama baik Singapura menjangkau ke seluruh pelosok dunia, lebih daripada saiz negara kita yang kecil yang hanya sebuah titik merah. Namun, kita telah mencapai kejayaan dan keyakinan yang tinggi di persada dunia di bawah kepimpinan anda.” – Anggota Parlimen, GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Samdin, dalam pujiannya kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

“Saya dengan rendah hati bersyukur kerana berpeluang mengenali lebih dekat kedua-dua Perdana Menteri semasa dan Perdana Menteri akan datang dalam perjalanan saya sebagai pemimpin kesatuan. Saya telah menyaksikan tahap tanggungjawab mereka terhadap Singapura dan rakyat Singapura. Sebagai pemimpin kesatuan, saya berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan Encik Lawrence Wong ketika beliau memacu Singapura ke hadapan untuk menjadi lebih kuat demi kebaikan rakyat Singapura.” – Naib Presiden, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, tentang Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >