Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Wong ambil alih jawatan PM Lee pada 15 Mei

DPM Wong dijadual angkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana pada 15 Mei, hari sama PM Lee serah jawatan itu kepadannya
Apr 15, 2024 | 4:22 PM

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong bakal menyerahkan teraju pucuk pimpinan Singapura kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 15 Mei ini.
Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong bakal menyerahkan teraju pucuk pimpinan Singapura kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 15 Mei ini. - Foto ST

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menyerahkan teraju pucuk pimpinan Singapura kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 15 Mei ini.

Encik Wong akan menjadi Perdana Menteri keempat Singapura selepas beliau mengangkat sumpah di Istana pada 8 malam pada hari tersebut.

Tarikh penyerahan itu diumumkan menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 April.

Kenyataan itu berkata Encik Lee akan menyerahkan jawatannya itu kepada Encik Wong pada 15 Mei.

Selain menjadi pilihan Encik Lee, Encik Wong, juga telah mendapat sokongan penuh para Anggota Parlimen (AP), yang sebulat suara memilih beliau sebagai calon paling sesuai mendukung jawatan Perdana Menteri Singapura yang keempat dan menerajui pasukan pemimpin generasi keempat (4G) kata kenyataan tersebut.

Encik Lee, 72 tahun, meletak jawatan selepas menyandang jawatan Perdana Menteri selama 20 tahun.

Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos 2004 bagi menggantikan Encik Goh Chok Tong.

Pada November 2023, Encik Lee mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk berundur sebelum pilihan raya umum 2025 dan akan digantikan oleh Encik Wong, 51 tahun.

Walaupun telah memberi bayangan tentang rancangan meletak jawatan itu sejak tahun lalu, Encik Lee telah membiarkan tarikh peralihan itu sebagai satu tanda tanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg