Kaum Adam, ajaklah wanita tersayang jalani pemeriksaan barah buah dada
Premium
Kaum Adam, ajaklah wanita tersayang jalani pemeriksaan barah buah dada
Kempen Bulan Kesedaran Barah Buah Dada ajak golongan lelaki sama-sama ambil berat
Oct 15, 2023 | 5:30 AM
JALANI PEMERIKSAAN: Tahun ini, tema kempen Bulan Kesedaran Barah Buah Dada (BCAM) adalah ‘Keeping Her In The Picture’ sebagai seruan bagi semua, termasuk golongan lelaki, untuk mengingati dan menggalak wanita dalam hidup mereka supaya menjalani pemeriksaan buah dada jika layak. - Foto fail
Apabila soal barah buah dada diketengahkan, ia biasanya dianggap sebagai isu wanita semata-mata kerana penyakit itu dialami kaum Hawa sebahagian besarnya.
Bagaimanapun pada 2023, Jawatankuasa Penganjur Bulan Kesedaran Barah Buah Dada (BCAM) 2023 ingin mengubah tanggapan itu dengan mengajak kaum Adam – tidak kira suami, abang, adik lelaki dan sebagainya – untuk sama-sama mengambil berat tentang barah buah dada dan menggalak wanita tersayang dalam kehidupan mereka menjalani pemeriksaan.
Laporan berkaitan
Hapus stigma barah buah dada, galak pemeriksaan kesihatan: RahayuOct 1, 2023 | 2:49 PM
Pejuang barah nasihat orang ramai agar jalani ujian awalJul 30, 2023 | 3:49 PM

