Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kaunselor wanita RRG, Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid meninggal dunia

Dec 6, 2023 | 9:45 PM
USTAZAH SITI RAHMAH: Merupakan antara kaunselor wanita pertama menyertai Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid, telah meninggal dunia pada 6 Disember.
USTAZAH SITI RAHMAH: Merupakan antara kaunselor wanita pertama menyertai Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid, telah meninggal dunia pada 6 Disember. - Foto Fail

Salah seorang kaunselor wanita pertama yang menyertai Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), Ustazah Siti Rahmah Abdul Hamid, telah meninggal dunia pada 6 Disember.

Ini menurut satu kiriman di Facebook oleh Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Kalthom Muhammad Isa.

Allahyarhamha dikatakan meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng Hospital (TTSH), kata Ustazah Kalthom.

Ketika bertugas sebagai kaunselor di RRG, Allahyarhamha membantu menasihati isteri-isteri tahanan Jemaah Islamiyah (JI).

Allahyarhamha juga merupakan seorang kaunselor di Mahkamah Syariah serta seorang guru agama dan mengendalikan kelas agama di pelbagai masjid dan tempat awam lain.

Allahyarhamha, yang memiliki Diploma Pakar dalam Psikologi Kaunseling, turut merupakan penceramah jemputan yang popular di majlis keagamaan dan masjid.

Pada 11 Jun, 2017, akhbar ini melaporkan tentang kisah Allahyarhamha menghidap kencing manis yang menyebabkan beliau menjadi lemah – dari segi fizikal, termasuk juga cara beliau berbual.

Selain itu Allahyarhamha yang mempunyai suara lantang setiap kali memberi ceramah, juga pernah dilaporkan akhbar ini sebagai mengalami lemah jantung dan kolesterol tinggi, dan masalah penglihatan yang sedikit terjejas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg