Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kawasan Bras Basah-Bugis bermandi cahaya sempena Pesta Malam S’pura

Jul 17, 2024 | 7:01 PM
Pesta Malam Singapura (SNF) kembali buat kali ke-15 dengan kegiatan sepanjang tiga hujung minggu.
Pesta Malam Singapura (SNF) kembali buat kali ke-15 dengan kegiatan sepanjang tiga hujung minggu. - Foto NHB

Kawasan Bras Basah dan Bugis (BBB) akan kembali bermandi cahaya sempena Pesta Malam Singapura (SNF) menjelang hujung Ogos ini.

Untuk pertama kali, SNF 2024 akan berlangsung selama tiga hujung minggu dalam edisi ke-15 pesta tersebut, dari 23 Ogos sehingga 7 September.

Dianjurkan Lembaga Warisan Negara (NHB) dan disokong oleh penaja utama Samsung, SNF 2024 membawa para pengunjung meneroka sejarah kaya di sekitar kawasan BBB dengan menawarkan lebih 50 seni pemasangan menarik.

Seni itu termasuk kerja seni pemetaan unjuran yang dipancarkan, persembahan, Festival Village kepada seni pemasangan dengan kerdipan cahaya lampu yang menawan.

Menurut Pengarah Pesta, Encik David Chew, kali ini SNF menawarkan lebih banyak Festival Villages, membolehkan para pengunjung menikmati pelbagai pameran dan kegiatan yang disediakan.

“Kami berterima kasih kepada rakan sekerja yang telah bekerjasama dalam pesta-pesta yang lalu, dan membolehkan kami meluaskan lagi pesta ini sehingga tiga hujung minggu bagi edisi ke-15 ini.

“Bertemakan Art of Play (Seni Bermain), SNF 2024 meneroka konsep permainan, zaman kanak-kanak dan nostalgia, dengan berlatarbelakangkan kawasan BBB yang kaya dengan sejarah pendidikan, tempat terletaknya banyak tapak sekolah pertama Singapura dan kini menjadi lokasi institusi pendidikan yang lebih baru.

“Dengan lebih banyak program yang disediakan, kami harap para pengunjung dapat menyelami pengalaman pesta ini sambil mengimbas kembali nostalgia dan warisan dalam dunia kini,” kata Encik Chew lagi.

Antara kerja seni pemasangan adalah, The Happiest Days of Our Lives, yang diinspirasikan kekayaan sejarah Pusat Seni Stamford.

Dikaryakan oleh Encik Rizman Putra, yang dikenali sebagai dramatis teater dan mural besar-besaran, ia memberi penghormatan kepada zaman lampau melalui ilustrasi vintaj yang diilhamkan oleh buku teks dan buku cerita dari zaman kanak-kanak melalui mural neon yang mengasyikkan.

Wonder World pula merupakan Machine of Nostalgia, sebuah taman hiburan dari 1950-an yang diangkut melalui masa untuk membantu menyemai semangat kekitaan.

Tujuan Wonder World ini adalah untuk membawa kembali nostalgia taman hiburan yang menjadi tumpuan anak Singapura sambil menimbulkan keinginan bagi ‘masa yang lebih mudah’.

Antara yang menyumbang mural dalam pameran ini ialah Encik Djohan Hanapi, seorang artis visual dan pembuat cetakan sepenuh masa.

Beliau menghadirkan karyanya, Tonight Show: A Cosmic Conversation, sebagai sebahagian pameran Wonder World.

Tiket awal bagi pameran ini berharga $20 bagi tarikh antara 17 Julai dengan 17 Ogos, dan mulai 18 Ogos sehingga 7 September, tiket berharga $25.

Keterangan lanjut program sepenuhnya, dan tempahan tiket boleh diperolehi menerusi laman www.nightfestival.gov.sg/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg