Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keadaan lalu lintas di Nicoll Highway terjejas akibat pokok tumbang

Mar 7, 2024 | 9:34 PM
Keadaan sesak di Nicoll Highway selepas sebatang pokok tumbang hingga menyekat kesemua tiga laluan jalan raya itu menuju ke arah Kallang.
Keadaan sesak di Nicoll Highway selepas sebatang pokok tumbang hingga menyekat kesemua tiga laluan jalan raya itu menuju ke arah Kallang. - Foto ihsan FARZANA ARSAD

Sebatang pokok besar dilaporkan tumbang di Nicoll Highway berhampiran persimpangan dengan Java Road sehingga menghalang kesemua tiga laluan jalan raya itu yang menuju ke arah Kallang pada petang 7 Mac.

Seorang pengarah perkhidmatan pelanggan yang bekerja di daerah Arab Street memberitahu Berita Harian (BH) sekitar 6.40 petang, keadaan kelihatan amat sesak bermula dari jejantas berhampiran Stesen MRT Nicoll Highway.

Cik Farzana Arsad, 31 tahun berkata, aliran lalu lintas di kesemua tiga laluan jalan raya itu kelihatan terjejas, disebabkan pokok berkenaan.

“Keadaan sangat huru-hara dengan beberapa kenderaan cuba melawan aliran trafik untuk keluar dari jalan tersebut,” katanya merujuk kepada jalan susur keluar Java Road yang menghala ke Beach Road.

Dalam satu kenyataan di platform media sosial X, yang dikenali terdahulu sebagai Twitter, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 6.45 petang berkata terdapat “halangan di Nicoll Highway (menuju ke Guillemard) selepas Java Road.”

“Nicoll Highway tertutup selepas Java Road,” tambah LTA.

Pada 7.11 malam, penguasa itu berkata terdapat satu “kemalangan” di jalan raya yang sama itu.

Kemudian pada 7.41 malam, LTA berkata penutupan Nicoll Highway menuju ke arah Guillemard menjejas sehingga selepas Middle Road.

Nicoll Highway merupakan salah satu jalan raya utama yang menghubung kawasan bandar ke Kallang, termasuk Stadium Negara serta Sims Avenue, dan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE)

Akhbar Bahasa Cina, Lianhe Zaobao melaporkan sekurang-kurangnya tiga kereta dihempap pokok berkenaan.

Batang pokok itu juga menyebabkan salah satu tiang lampu jalan raya terjatuh.

BH telah menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg