Kecewa namun pemilik perniagaan dari rumah patuh langkah pemutus litar diperketat
Premium
Kecewa namun pemilik perniagaan dari rumah patuh langkah pemutus litar diperketat
Apr 28, 2020 | 5:30 AM
SUMBER PENDAPATAN TERJEJAS: Sebahagian besar pendapatan Cik Juliana adalah untuk menyara kehidupan beliau sekeluarga, termasuk anaknya, Firas Isaac (kanan) dan lagi seorang, Faiz Ihsan (tengah) yang mengalami penyakit barah. Anak ketiga dan suaminya tiada dalam gambar. Gambar diambil pada t 2015. - Foto fail -
BIARPUN meluahkan kekecewaan atas langkah pemutus litar yang diperketat, pemilik perniagaan dari rumah memandang hal ini secara serius dan tetap mematuhi undang-undang walaupun akur ini menjejas perniagaan mereka.
Ada yang terpaksa membayar balik duit pelanggan, dan ada juga yang berhenti daripada mengambil tempahan, menurut beberapa peniaga rumah yang dihubungi Berita Harian (BH).

