Dari kecil hingga jadi nenek, BH dekat di hati saya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dari kecil hingga jadi nenek, BH dekat di hati saya

Mar 23, 2026 | 3:38 PM

Dari kecil hingga jadi nenek, BH dekat di hati saya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Cik Hasnah Masop, 67 tahun, meneliti keratan lama Berita Harian bersama suaminya, Encik Mawi Ismail, 70 tahun. Wajah Cik Hasnah pernah tersiar di akhbar Berita Harian semasa sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya, yang menjadikannya satu kenangan istimewa dalam hatinya.
Cik Hasnah Masop, 67 tahun, meneliti keratan lama Berita Harian bersama suaminya, Encik Mawi Ismail, 70 tahun. Wajah Cik Hasnah pernah tersiar di akhbar Berita Harian semasa sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya, yang menjadikannya satu kenangan istimewa dalam hatinya. - Foto HASNAH MASOP

Saya mula membaca Berita Harian (BH) sejak kecil lagi ketika masih tinggal di kampung di Chestnut Avenue.

Nenek saya selalu membeli surat khabar, dan saya akan duduk meneliti halaman demi halaman, kadang-kadang hanya untuk melihat gambar atau membaca cerita tentang masyarakat sekitar.

Minat membaca itu terus terbawa apabila keluarga kami berpindah ke flat di Bukit Batok.

Saya masih ingat dengan jelas saat-saat manis pada hari istimewa seperti Hari Kesihatan.

Perasaan gembira apabila wajah saya tersiar dalam akhbar tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kenangan itu begitu berharga sehingga saya simpan akhbar lama itu hingga ke hari ini.

Begitu juga dengan gambar saya yang tersiar semasa Hari Raya dan Tahun Baru Cina memori yang terus segar di hati saya.

Seiring bertambahnya usia, saya menjadi ibu kepada tiga anak, dan kini nenek kepada lima cucu.

Saya suka berkongsi pengalaman membaca BH dengan mereka, terutamanya kisah menarik tentang masyarakat, kariah, dan majlis iftar.

Semasa Ramadan dan Hari Raya, saya akan membeli akhbar untuk melihat suasana bazar, pakaian raya, dan persiapan masyarakat.

Ia menjadi cara saya bercerita kepada anak dan cucu tentang budaya kita, sambil mereka belajar mengenali istilah seperti PPIS atau badan lain yang disebut dalam berita.

Saya aktif sebagai sukarelawan di Masjid Al-Khair dan di Kelab Masyarakat Chua Chu Kang lebih 20 tahun.

Dari masjid lama ke masjid baru, dari generasi pemimpin lama ke baru, saya banyak mengikuti program masyarakat.

BH sentiasa menjadi rujukan saya untuk mengetahui siapa yang hadir di majlis, perkembangan kariah dan aktiviti masyarakat.

Kisah seorang imam muda baru-baru ini yang berjaya memimpin pada tarawih amat menyentuh hati saya.

Ia memberi inspirasi bukan sahaja kepada saya, bahkan kepada anak dan cucu, agar mereka melihat kepentingan ilmu dan khidmat masyarakat.

Dulu, saya akan menempah akhbar yang dihantar pagi-pagi.

Kini dengan kemudahan telefon, saya membaca secara online, tetapi masih membeli akhbar untuk melihat gambar atau kisah khas seperti Ramadan dan Hari Raya. Saya juga suka mengikuti perkembangan pilihan raya dan berita penting dalam negara.

Melalui BH, saya dapat belajar, kekal relevan, dan berkongsi pengetahuan ini dengan keluarga.

Pada usia saya kini 67 tahun, saya berharap BH akan terus bertahan walaupun zaman media sosial berkembang.

Ia lebih daripada surat khabar. Ia sebahagian daripada hidup saya, memori keluarga, dan inspirasi yang berterusan kepada masyarakat Melayu kita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg