Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kedai mamak’ ingin terus bertahan

Jul 2, 2023 | 5:30 AM
CETUS NOSTALGIA: Kedai runcit Hajee Kiosk seakan sudah sebati dengan kawasan itu dan pemiliknya, Encik Hajee Masavu Mohamed (kanan), turut ‘popular’ di kalangan penduduk.
CETUS NOSTALGIA: Kedai runcit Hajee Kiosk seakan sudah sebati dengan kawasan itu dan pemiliknya, Encik Hajee Masavu Mohamed (kanan), turut ‘popular’ di kalangan penduduk. - Foto BM oleh SITI AISYAH NORDIN

Namanya mungkin tidak tertera pada mana-mana papan tanda depan kedai.

Namun, setelah lebih 37 tahun berada di tapak yang sama, papan tanda nama itu seakan tidak diperlukan lagi memandangkan kebanyakan penduduk kawasan itu sudah pun mengenalinya. 

Kedai ‘mamak’ bawah blok 151 Tampines St 12 milik Encik Hajee Masavu Mohamed, 66 tahun- dikenali lebih mesra sebagai ‘Hajee’- menjadi tempat persinggahan ramai penduduk segenap usia di kawasan itu. 

‘Waktu sibuk’ baginya termasuk di waktu pagi- apabila orang ramai pergi ke kerja dan sekolah- dan beliau biasanya buka kedai selepas Subuh hingga sekitar 10 atau 11 malam. 

 “Mereka (pelanggan) biasanya singgah sebelum mereka ke kerja dan sekolah, dan juga selepas. 

“Ramai juga yang datang untuk beli bahan-bahan masak, biasanya bila mereka m tiba-tiba sedar ada bahan yang kurang bila tenga masak,” ujar Encik Hajee, sambil menambah perniagaan sekarang cukup berbeza berbanding lebih sedekad lalu. 

Kedai runcit persendirian atau ‘standalone’ sepertinya popular sekitar 1980-an kerana dapat memenuhi keperluan penduduk kawasan masing-masing. 

Namun, peniagaan kedai mamak seperti Hajee Kiosk terjejas sekitar lewat 1990-an sejak pasaraya besar serta ‘minimart’ diperkenal. 

Namun bagi Encik Hajee, beliau akan terus bertahan selagi terdaya. 

“Yang lebih penting, saya akan terus kekalkan kemesraan yang wujud dengan penduduk sini, yang kebanyakannya sudah dianggap seperti keluarga sendiri. 

“Itulah kelebihan kedai mamak seperti ini,” katanya. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg