Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kegiatan renang dilarang di pantai Pasir Ris, Sembawang dek bakteria

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan renang dilarang di pantai Pasir Ris, Sembawang dek bakteria

Feb 05, 2024 | 05:00 PM



Pengunjung dinasihatkan supaya tidak berenang di pantai Pasir Ris dan Sembawang Park kerana paras bakteria Enterococcus yang tinggi, yang apabila tertelan, boleh meningkatkan risiko jangkitan pada usus.


Aktiviti sukan air lain seperti sukan papan luncur air, luncur angin dan latihan melibatkan perbuatan berendam juga tidak dinasihatkan atas sebab yang sama, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 5 Februari.

Ini kerana sesiapa yang melakukan kegiatan ini berkemungkinan besar akan tertelan air laut. Bagaimanapun, sukan layar, berkayak dan berkanu boleh diteruskan seperti biasa, menurut NEA.

Papan tanda menasihatkan orang ramai supaya tidak berenang akan dipasang di sepanjang pantai Pasir Ris dan Sembawang Park. Amaran akan dipaparkan sehingga pengumuman rasmi lanjut.

Pihak berkuasa secara rutin mengukur tahap Enterococcus, sejenis bakteria yang biasa ditemui dalam saluran usus haiwan berdarah panas, termasuk manusia. Data menunjukkan kaitan antara tahap Enterococcus dalam kawasan air rekreasi dengan risiko radang usus.


NEA berkata perairan pantai Pasir Ris dan Sembawang Park telah dinilai “Sederhana’’ dalam ujian penilaian pantai tahunan, menurun daripada “Baik” pada tahun sebelumnya.

Siasatan awal menunjukkan bahawa paras bakteria yang tinggi adalah daripada sumber dalaman dan bukan bersifat rentas sempadan.

NEA berkata ia sedang bekerjasama dengan agensi lain, seperti agensi air nasional PUB, Lembaga Taman Negara (NParks) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk menyiasat dan mengurangkan kemungkinan sumber yang menyumbang kepada peningkatan paras bakteria.

Pantai lain termasuk East Coast, Changi, Punggol, Pulau Seletar dan Sentosa mengekalkan gred “Baik” dan sesuai untuk semua aktiviti dalam air.

“Bagaimanapun, memandangkan terdapat keadaan apabila kiraan Enterococcus dalam air pantai meningkat, pengunjung harus merujuk kepada Maklumat Kualiti Air Jangka Pendek Pantai di laman web NEA atau aplikasi myENV jika mereka ingin teruskan hasrat untuk terlibat dalam aktiviti dalam air, tambah NEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >