Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kehilangan ayah perkuat semangat, tajamkan tumpuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kehilangan ayah perkuat semangat, tajamkan tumpuan

Feb 05, 2024 | 04:29 PM



Walaupun diuji dengan kehilangan ayah disebabkan barah hati ketika membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaannya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Siti Nur Atiqah Abdul Razak tidak membiarkan emosi menjejas semangatnya untuk memberi tumpuan penuh pada pelajaran.

Malah, pengalaman yang dilalui membakar semangat mahasiswi tahun dua bidang sains biologi itu untuk mendalami penyelidikan mengenai penyakit barah dan melakukan yang terbaik.

Semangat dan pencapaian yang ditunjukkan Cik Atiqah, 22 tahun, membolehkan beliau menerima Biasiswa Mendaki-MiRXES, yang bernilai $10,000 selama empat tahun dari 2022 hingga 2026.

Biasiswa itu ditawarkan Yayasan Mendaki bersama syarikat bioteknologi MiRXES dan turut memberi penerimanya peluang pekerjaan di MiRXES serta sokongan tunjuk ajar semasa program latihan.

Mengimbas pengalaman merawat ayahnya, Cik Atiqah, anak sulung daripada tiga adik-beradik, menceritakan kepada Berita Harian baru-baru ini bahawa penyakit ayahnya, Encik Abdul Razak Abdul Kadir, merupakan cabaran hebat baginya.


Sejak mendapat tahu ayahnya menghidap barah hati peringkat empat pada Februari 2023, Cik Atiqah memainkan peranan penting menjaga ayahnya.

Ini kerana ibunya, Cik Rozita Hashim, 53 tahun, perlu keluar bekerja sebagai guru di sebuah pusat prasekolah.

Meskipun menyedari hakikat batas rawatan berkesan dan jangka hayat ayahnya ketika itu, ketabahannya tidak pernah luntur. Ayah Cik Atiqah meninggal dunia pada pertengahan 2023.

“Pengalaman itu mencetuskan minat dalam diri saya untuk mendalami penyelidikan rawatan bagi penyakit barah.

“Saya bersyukur Biasiswa Mendaki-MiRXES ini meringankan beban kewangan bagi membolehkan saya mengejar kerjaya impian saya dalam sains biologi,” tambahnya.

Cik Atiqah juga pernah meraih biasiswa Pengasas Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dan biasiswa Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).

“Saya bersyukur kerana mempunyai sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan saya yang menjadi cahaya kekuatan yang menyinari perjalanan hidup saya pada saat-saat yang gelap. Ia tidak mudah, apa lagi pada masa itu, saya harus mengimbangi masa antara kerja, menjadi relawan, belajar dan menjaga ayah saya,” katanya.

Selain mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik, Cik Atiqah melihat keperluan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan kepada individu berkeperluan khas.

“Berbaktilah kepada masyarakat. Itulah pesan ibu saya dan Allahyarham ayah saya sejak saya kecil, dan ia menjadi prinsip hidup saya,” kata beliau.

Sebagai sukarelawan yang mengajar dan menjadi mentor di Rumah Kanak-Kanak Perempuan Singapura, Cik Atiqah berinteraksi dengan gadis daripada pelbagai latar belakang.

“Pengalaman ini benar-benar memberi inspirasi dan makna kepada kehidupan saya.

“Semasa saya berinteraksi dengan gadis-gadis daripada latar belakang dan perspektif yang berbeza ini, pemahaman saya tentang kepelbagaian bertambah, menimbulkan rasa ingin tahu, dan memperkukuhkan empati dalam diri saya.

“Ini menguatkan tekad saya untuk terus menjadi relawan dan mencipta perubahan positif dalam masyarakat,” ujar beliau, yang mahu membuktikan bahawa kejayaan sebenar tidak terletak pada pencapaian akademik sahaya, malah pada kemampuan membuat perbezaan dalam kehidupan orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >