Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pertingkat peluang pekerja pertengahan kerjaya timba ilmu

Nov 05, 2023 | 05:30 AM



Antara mereka yang lulus dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) baru-baru ini ialah Encik Poh Chee Eng, bekas penjaja yang meraih ijazah dalam bidang undang-undang.

Jejaka berusia 34 tahun itu pada mulanya cuba mengimbangi kerja dengan pengajian, tetapi beliau akhirnya menutup gerainya selepas satu semester untuk memberi tumpuan kepada pengajian.

Pengalaman Encik Poh menekankan cabaran yang dihadapi pekerja pertengahan kerjaya berkaitan dengan peningkatan kemahiran, yang penting untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji lebih baik dan mobiliti kerjaya.

Yuran pengajian universiti diberi subsidi. Tetapi kos peluang pendapatan yang hilang merupakan pertimbangan utama bagi warga Singapura pertengahan kerjaya untuk mempertimbangkan pengajian sepenuh masa, terutamanya mereka yang mempunyai komitmen keluarga dan kewangan.

Pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan telah menjadi fokus utama sejak tahun-tahun kebelakangan ini.


Walaupun sudah ada sokongan untuk peningkatan kemahiran melalui SkillsFuture dan pelbagai program penukaran kerjaya, mungkin terdapat skop bagi pemerintah melakukan lebih banyak lagi seperti meluaskan pilihan bekerja sambil belajar untuk pekerja pertengahan kerjaya, menggalak aturan pekerjaan fleksibel untuk memudahkan pengajian secara sambilan dan menyediakan sokongan pendapatan bagi mereka yang mengikuti pengajian sepenuh masa di institut pengajian tinggi.

WUJUDKAN LEBIH BANYAK PILIHAN KERJA SAMBIL BELAJAR

Pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan kemahiran boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk untuk memenuhi keperluan pembelajaran dan komitmen masa yang berbeza.


Ini termasuk latihan di tempat kerja, program latihan singkat dan kursus modular serta program sambilan atau sepenuh masa yang membawa kepada kelayakan penuh.


Kajian di Singapura mendapati latihan boleh membantu meningkatkan daya kerja dan gaji.


Menyedari keperluan mempersiapkan pekerja untuk permintaan dan tanggungjawab pekerjaan baru, banyak pertubuhan menyediakan latihan dalam syarikat atau menghantar kakitangan mereka untuk kursus di luar.

Beberapa pertubuhan, termasuk agensi awam, menaja pekerja dengan potensi tinggi bagi program ijazah atau possiswazah sepenuh masa.

Pada masa yang sama, terdapat mereka yang perlu menjalani latihan semula sebagai persiapan bagi pekerjaan dan kerjaya baru atau “kemahiran kedua” bagi daya tahan pekerjaan.

Mereka boleh mengikuti kursus sambilan supaya mereka boleh terus bekerja dan meraih pendapatan.

Meluaskan lagi pilihan bagi mereka yang ingin bekerja sambil belajar akan membolehkan lebih ramai menyegarkan kemahiran mereka sedang ekonomi disusun semula dan pekerjaan berubah.

Institut pengajian tinggi kita sedang menempatkan semula diri mereka sebagai institusi pengajian sepanjang hayat.

Mereka mahu terus menyokong keperluan pembelajaran pelajar mereka walaupun selepas mereka tamat pengajian, dengan menawarkan pelbagai kursus pendidikan dan latihan berterusan dan pembangunan profesional yang lebih luas.

Universiti Nasional Singapura, misalnya, baru-baru ini melancarkan lebih banyak kursus yang menawarkan sijil siswazah, di samping meningkatkan kapasiti dalam kursus popular.


Sementara itu, Institut Teknologi Singapura akan menawarkan para alumni modul pendidikan dan latihan berterusan percuma setiap lima tahun sepanjang hayat mereka.


Di antara Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture, program ijazah itu dibuka kepada pelajar prauniversiti dan politeknik serta golongan dewasa bekerja yang ingin menggabungkan kerja dengan pengajian. Pelajar boleh meluangkan beberapa hari dalam seminggu di tempat kerja dan baki hari di universiti atau menumpukan cara lain yang memberi tumpuan kepada kerja atau pengajian.


Meluaskan bilangan rakan syarikat akan membolehkan lebih ramai orang dewasa yang bekerja untuk mengikuti program ini. Lebih umum, aturan pekerjaan fleksibel mungkin berguna bukan sahaja bagi pekerja yang mempunyai keperluan penjagaan keluarga, malah mereka yang ingin melanjutkan pengajian secara sambilan.

Tetapi di luar bekerja dari rumah, apa yang boleh membantu adalah aturan perkongsian kerja yang membolehkan kerja dibahagikan antara pelbagai anggota pasukan.


DBS Bank, misalnya, telah melancarkan skim perkongsian kerja secara sukarela di mana dua pekerja boleh berkongsi satu peranan kerja sepenuh masa.


TEROKA SOKONGAN PENDAPATAN

Namun, ada yang mungkin mendapati pengajian sepenuh masa adalah cara yang paling berkesan untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk peringkat seterusnya dalam kerjaya mereka.

Ia mungkin sukar untuk mengendalikan pekerjaan sepenuh masa yang mendesak, tanggungjawab keluarga dan kerja kursus yang mungkin memerlukan bukan sahaja kajian sendiri tetapi juga projek dan tugasan secara berkumpulan.


Dalam kalangan mereka yang mengambil cuti kerjaya untuk melanjutkan pengajian, ada yang bernasib baik kerana mempunyai pasangan atau anggota keluarga yang menyara kehidupan keluarga semasa mereka belajar; yang lain mungkin perlu menggunakan simpanan wang tunai atau Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.

Pelaburan besar dalam kemahiran sedemikian boleh menjadi satu keperluan dan bukannya kemewahan untuk lebih ramai orang sedang kemajuan teknologi mengubah industri dan membentuk semula peranan pekerjaan.

Satu laporan penyelidikan oleh Goldman Sachs yang diterbitkan pada 2023 mendapati bahawa kira-kira dua pertiga daripada pekerjaan semasa boleh terjejas sedikit sebanyak oleh automasi kecerdasan buatan (AI) dan bahawa AI generatif boleh menggantikan sehingga seperempat daripada kerja semasa.


Bukti keberkesanan pengajian sepenuh masa berbanding secara sambilan ke atas hasil akademik adalah bercampur-campur.

Namun, pelbagai kajian mungkin telah mendapati ada risiko lebih tinggi mengalami keletihan atau ‘burnout’, dalam kalangan penuntut yang bekerja kerana perlu mengimbangi kerja dan pengajian.

Walaupun dengan sokongan besar untuk pendidikan dan latihan berterusan melalui geran tuisyen, subsidi latihan dan Kredit SkillsFuture, kos peluang mengambil masa daripada kerja mungkin menjadi penghalang kepada warga Singapura pertengahan kerjaya yang mempertimbangkan pengajian sepenuh masa.

Beberapa bentuk sokongan pendapatan boleh mengubah keadaan dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura meluangkan masa untuk melabur dalam pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.

Dari sudut nasional, ini akan menjadi pelaburan besar dalam rakyat kita dan daya saing ekonomi masa depan. Sokongan pendapatan boleh membantu memberi taraf yang sama rata dengan memudahkan rakyat Singapura pertengahan kerjaya tanpa mempunyai simpanan yang besar atau sokongan keluarga untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa.

Ia juga boleh memberi lebih banyak peluang kepada lulusan Institut Pendidikan Teknikal dan politeknik dalam tenaga kerja untuk meningkatkan kemahiran dan kelayakan mereka sejajar dengan aspirasi kerjaya mereka.


Cabaran yang lebih besar adalah bagaimana untuk mereka bentuk sokongan yang boleh melanjutkan objektif ini di samping memastikan wang awam dibelanjakan dengan baik.


Kursus-kursus yang layak mungkin terhad kepada kursus yang ditawarkan universiti berautonomi dan politeknik dan institut pengajian tinggi lain yang dibiayai awam, bagi kawalan mutu dan kerelevanan.


Sokongan pendapatan harus diselaraskan untuk menggalak penyertaan oleh individu serius sementara memerlukan penglibatan secara langsung dalam bentuk beberapa kos peluang yang ditanggung pelajar.

Ini mungkin bermakna sokongan yang disandarkan pada peratusan gaji akhir, sehingga pada had ditentukan.

Tahap sokongan juga boleh ditetapkan secara berperingkat mengikut tahap pendapatan, dengan sokongan lebih tinggi bagi golongan berpendapatan rendah.

Sokongan seperti ini boleh dikaitkan dengan “sokongan pengambilan bekerja semula” akan datang yang disebutkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong. Ia bertujuan menyediakan pelepasan pendapatan sementara kepada penganggur untuk memberi mereka masa untuk menjalani latihan semula bagi pekerjaan sesuai dengan prospek yang baik. Pemerintah telah pun menyatakan sokongan pengambilan bekerja semula akan menjadi sebahagian daripada inisiatif SkillsFuture yang diperluas dan dirombak.


TINGKAT PELABURAN, PELUANG

Sebagai sebuah negara pelaburan sosial, Singapura meletakkan premium pada pendidikan dan latihan, untuk meningkatkan daya saing negara ini dan membolehkan rakyat Singapura menikmati kehidupan yang baik.


Dalam zaman persaingan global yang sengit dan kebangkitan AI, adalah lebih kritikal untuk meningkatkan pelaburan ini.


Pelancaran gerakan SkillsFuture pada 2014 telah menyaksikan penekanan yang lebih besar terhadap pendidikan berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pada 2022, sekitar 560,000 orang memanfaatkan skim SkillsFuture, manakala perbelanjaan awam bagi SkillsFuture berjumlah hampir $1 bilion.

Walaupun banyak kemajuan telah dicapai, satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pekerja Singapura Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada 2022 mendapati terdapat perbezaan dalam akses kepada latihan merentasi jenis firma dan pekerja yang berbeza.

Sebagai contoh, syarikat-syarikat cenderung mengutamakan latihan untuk pekerja dengan potensi tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai jurang kemahiran walaupun pemimpin perniagaan bimbang tentang ketidaksepadanan kemahiran.


Dalam fasa seterusnya dalam perjalanan SkillsFuture Singapura, keutamaan harus diberikan kepada usaha membangunkan dan mengukuhkan budaya pembelajaran sepanjang hayat di mana melabur dalam kemahiran dan latihan menjadi satu norma di tempat kerja serta satu cara hidup untuk semua orang.

Keluasan dan kedalaman pilihan latihan adalah penting, bersama-sama dengan aturan pekerjaan fleksibel dan sokongan bagi mereka yang perlu mengambil masa daripada kerja untuk membuat pelaburan besar dalam pembelajaran, termasuk pengajian sepenuh masa.

Dengan meningkatkan peluang untuk semua rakyat Singapura, tanpa mengira titik permulaan, untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui latihan dan pendidikan, kita boleh pada masa yang sama membina tenaga kerja yang lebih berdaya saing dan masyarakat yang lebih inklusif.

Terence Ho ialah Profesor Madya di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura. Beliau penulis buku Governing Well: Reflections On Singapore And Beyond. Artikel ini kali pertama diterbitkan di The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >