Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kejohanan golf wanita antarabangsa kembali ke S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kejohanan golf wanita antarabangsa kembali ke S’pura

Mar 29, 2024 | 05:37 PM



Pertandingan golf Kejohanan Masters Wanita, yang memaparkan bakat muda, kembali ke Singapura pada 14 hingga 16 Jun 2024.

Kejohanan tersebut bakal diadakan di Laguna National Golf Resort Club dan menawarkan hadiah lebih AS$100,000 ($135,000) bagi semua kategori secara keseluruhan.

Ia bakal disertai lebih 130 pemain termasuk 12 pemain golf amatur elit yang bakal bersaing untuk mendapat kedudukan paling tinggi dalam acara China Ladies Professional Golf Association (CLPGA).

Pemain warga Singapura, Shannon Tan, memenangi kejohanan tersebut semasa ia diadakan buat julung kalinya pada 2023 sebagai pemain amatur.

Pemain berusia 19 tahun itu kemudian memutuskan untuk menjadi pemain profesional dan telah menjadi pemain golf Singapura pertama yang layak ke Jelajah Eropah Wanita (LET) pada Disember.

Tidak jelas sama ada Tan akan menyertai kejohanan tersebut Jun ini namun pihak penganjur, Cik Lyn Yeo bersikap optimistik dan berharap beliau akan menyertainya, lapor akhbar The Straits Times.


Kata Cik Yeo pada 28 Mac: “Shannon kini sedang menyesuaikan jadual luar negaranya supaya beliau boleh kembali ke Singapura untuk mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Masters Wanita.

“Kami berharap peminat tempatan akan diberi peluang untuk melihatnya beraksi sekali lagi di Laguna pada Jun.”

Selain Tan, peminat golf Singapura boleh menjangkakan aksi pemain Singapura berusia 13 tahun, Sydnie Ng.

Pada Julai 2023, beliau menjuarai Kejohanan Dunia Future Champions Golf (FCG) di California.

Cik Yeo menambah: “Saya amat teruja memberi peluang kepada pemain wanita tempatan untuk mencabar diri sendiri dan memaparkan potensi mereka dalam menentang pemain terbaik dari China dan rantau ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >