Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelab Pondok Peranakan Gelam sumbang $5,000 kepada Yayasan Bawean

Apr 1, 2024 | 4:59 PM
Kerosakan yang melanda beberapa bangunan dan infrastruktur di Pulau Bawean setelah gempa sekuat 6.4 pada skala richter melanda pulau itu pada 22 Mac.
Kerosakan yang melanda beberapa bangunan dan infrastruktur di Pulau Bawean setelah gempa sekuat 6.4 pada skala richter melanda pulau itu pada 22 Mac. - Foto AFP

Kelab Pondok Peranakan Gelam (PPGC) telah mengumpul dan menyumbang dana sebanyak $5,000 kepada Yayasan Bawean bagi membantu dalam usaha pembangunan semula Pulau Bawaen yang dilanda gempa bumi sekuat 6.4 pada skala richter pada 22 Mac.

Gempa tersebut mengakibatkan kemusnahan besar pada infrastruktur dan bangunan, menurut laporan media tempatan.

Setiausaha kehormat PPGC, Encik Borhan Saini, menjelaskan yayasan tersebut telah menyantuni kelab itu untuk membantu dalam pengumpulan dana demi pembangunan semula pulau itu.

Dalam surat yang dilihat Berita Harian, yayasan itu menjelaskan bantuan yang terkumpul adalah “dalam rangka membantu dan meringankan beban korban bencana gempa bumi”.

“Pihak kami amat berbesar hati atas keprihatinan masyarakat Singapura, terutamanya masyarakat dari Pulau Bawean yang berada di Singapura,” tambah kenyataan itu.

Menurut Encik Borhan, sebanyak $1,000 berjaya dikumpulkan menerusi derma kilat yang dibuat dalam satu acara iftar pada 29 Mac dan akan memanfaatkan acara perjumpaan Hari Raya atau rumah terbuka yang bakal diadakan untuk kutip lebih banyak dana.

“Setidak-tidaknya, PPGC sasarkan untuk kumpulkan sekitar $25,000 sebagai usaha kami untuk bantu masyarakat yang terjejas di sana,” ujarnya.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC), gempa tersebut mempunyai kedalaman kira-kira lapan kilometer dan melanda pantai berhampiran Pulau Bawean sekitar 3.52 petang, waktu tempatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg