Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelompok runcit jenama tempatan dibuka di Jewel

Dec 7, 2023 | 6:41 PM
BARU DIBUKA: Para pengunjung dapat menikmati kemudahan membeli-belah dengan tawaran eksklusif yang hanya boleh didapati di kelompok jualan runcit ‘Discovering the Best of Singapore Brands’ di Jewel.
BARU DIBUKA: Para pengunjung dapat menikmati kemudahan membeli-belah dengan tawaran eksklusif yang hanya boleh didapati di kelompok jualan runcit ‘Discovering the Best of Singapore Brands’ di Jewel. - Foto PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG CHANGI JEWEL

Lapangan Terbang Changi bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) memperkenalkan kelompok jualan runcit baru khas menampilkan jenama tempatan pada 7 Disember.

Bertema ‘Discovering the Best of Singapore Brands’, para pengunjung dan pelancong berpeluang meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka dengan pelbagai jualan runcit yang disediakan dalam kelompok ini.

Ini termasuk tawaran eksklusif daripada Jewel, kraftangan tempatan dan warisan Singapura, cenderahati dan barangan dagangan yang pertama seumpamanya di pasaran, serta konsep makanan dan minuman yang inovatif.

JENAMA TEMPATAN: Kedai runcit snek IRVINS antara yang ditampilkan di kelompok baru ini.
JENAMA TEMPATAN: Kedai runcit snek IRVINS antara yang ditampilkan di kelompok baru ini. - Foto PEMBANGUNAN LAPANGAN TERBANG CHANGI JEWEL

Jenama tempatan terkemuka yang diketengahkan dalam kelompok ini termasuk enam jenama ‘1Made with Passion’.

Antaranya termasuk jenama Anthology of Compendium Spirits, IRVINS, Kele, Kim’s Duet, Kwong Cheong Thye dan Ya Kun Kaya Toast serta I Love SG dan Keog Saik Bakery.

Kesemua jenama tersebut diintegrasi ke dalam satu tempat secara kolektif.

Terletak berdekatan dengan kemudahan penerbangan di Jewel, kelompok seluas 370 meter persegi baru itu menawarkan kemudahan tambahan kepada para pelancong agar dapat mendalami pengalaman Singapura yang sebenar.

Pengunjung tempatan pula dapat menikmati tawaran baru yang diperkenalkan jenama tersebut, khas dijual di kelompok ini.

Menampilkan tema yang mengambil inspirasi kehijauan dalam ruangan yang terkenal di Jewel, kelompok kedai runcit itu dihiasi dengan landskap bergaya dan mewujudkan konsep terbuka dengan kedai tersusun rapi berhampiran satu sama lain demi kemudahan pengunjung.

Semasa berucap di pelancaran rasmi ‘Discovering the Best of Singapore Brands’ di Jewel, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pembangunan Lapangan Terbang Changi Jewel, Encik James Fong, berkata:

“Kami yakin bahawa jenama tempatan Singapura akan terus menyemarakkan landskap jualan runcit Jewel bagi kededua pengunjung warga tempatan dan warga asing.”

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada lapan jenama baru tersebut, yang memilih Jewel sebagai pusat perniagaan mereka, menyumbang kepada usaha meluaskan tawaran tempatan dan meningkatkan pengalaman jualan runcit dan makan secara keseluruhan bagi pengunjung Jewel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg