Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Keluarga dari Indonesia jual rumah demi rawat leukemia anak di NUH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga dari Indonesia jual rumah demi rawat leukemia anak di NUH

Jan 19, 2024 | 02:41 PM



Sepasang ibu bapa dari Indonesia menunjukkan betapa sayang pada anak tiada batasnya.

Mereka sanggup menjual rumah mereka di Bandung, Jawa Barat, bagi menampung rawatan lebih $600,000 di Singapura bagi anak mereka yang menghidap barah.

Almahyra Siti Ardana, lima tahun, menghidap barah Leukemia Limfoblastik Akut (ALL) peringkat risiko tinggi dan kini dirawat di Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH).


Dia ditemani ibunya, Cik Siti Andariani, 33 tahun, seorang pegawai bank yang mengambil cuti tanpa gaji sejak anaknya jatuh sakit pada September 2022.

Ayah Almahyra berada di Kediri, Jawa Timur, bagi urusan kerja sementara seorang kakaknya berusia enam tahun sedang dijaga datuk dan neneknya di Bandung.







Almahyra berada di Singapura bagi menjalani satu rawatan khas yang dipanggil Terapi sel T Reseptor Antigen Chimeric (CAR T).

Dia akan menjalani prosedur itu pada Februari dan rawatan pemindahan sumsum tulang pada Mei 2023 jika prosedur pertama berhasil.

Kedua-dua prosedur itu sahaja menelankan belanja lebih $670,000, tidak termasuk kos penginapan, makan dan minum serta rawatan lain, kata Cik Siti.

Disebabkan itu, Cik Siti dan ibu bapanya menjual jual rumah masing-masing bagi mendapatkan dana tambahan sekitar $80,000 dan bakinya beliau berharap dapat dicapai menerusi satu usaha pengumpulan dana di laman Give.Asia.

“Kami baik-baik sahaja,” kata Cik Siti dengan nada lembut ketika dihubungi.

Beliau dan anaknya, yang dipanggil ‘Alma’, tidak dapat ditemui kerana dijangkiti Covid-19 dan sedang menetap di sebuah wad kelas C di NUH.

“Memang susah terima hakikat ini tetapi syukur, kami diberi peluang lagi bagi Alma ke sini untuk dirawat.”

Almahyra dikesan menghidap penyakit itu pada September 2022 di Bandung apabila mengalami demam panas selama 16 hari.

Dia menjalani kemoterapi di sebuah hospital di situ sebelum dirujuk kepada NUH bagi rawatan susulan pada Disember 2022.

Namun, sel penyakit itu dikesan mencecah 83 peratus di sumsum tulangnya di NUH.

Selepas menerima rawatan kemoterapi dos tinggi di NUH dan dibenarkan pulang, Almahyra beransur pulih seketika dan menjalani rawatan susulan di Bandung selama enam bulan.

Namun, barah itu kembali membiak lebih ganas pada Ogos 2023, apabila Almahyra dikesan mengalami lebam di seluruh tangannya.

Segala percubaan kemoterapi di Bandung tidak berhasil dan dia dirujuk kepada NUH lagi bagi rawatan alternatif.

Pada November 2023, doktor di NUH mengesahkan sel barah itu mencecah lebih 60 peratus dan kemoterapi tidak berupaya menurunkan paras sel itu, yang kekal sekitar 25 peratus.

Pada saat itulah, menurut Cik Siti, doktor menyampaikan berita bahawa sel barah Almahyra sudah menjadi kebal.

Anak itu mungkin ada dua hingga empat bulan sahaja untuk hidup, katanya.


“Saya kira, wah, kami sudah ke rumah sakit di Bandung, kemudian ke Singapura, tak mungkin hayat Almahyra berakhir di sini,” ujar Cik Siti, yang berkata anaknya seorang ceria dan aktif.

Tanpa berputus asa, Cik Siti memohon doktor mendapatkan pendapat kedua dan Almahyra diberi tiga dos rawatan intravena bernama Inotuzumab sejak 19 Disember.


Rawatan itu membuat sel barah tersebut susut hingga 2.7 peratus, lantas Almahyra layak bagi prosedur Car T yang ditetapkan pada 5 peratus dan ke bawah.


“Sampai ke saat ini, saya berasa Allah itu baik sekali kerana sediakan rezeki buat saya dan Alma,” kata Cik Siti lagi.


Namun perjalanan bagi anaknya itu masih panjang, dan beliau belum sempat menghitung seluruh kos rawatan kerana sibuk mengasuh anaknya.


“Kos lain belum saya tahu, bahkan, apartmen saya tinggal di sini juga dibiaya kakak saya yang kebetulan pernah bekerja di sini.”


Menjawab pertanyaan BH menyusuli kes ini, seorang jurucakap NUH berkata pihak hospital itu sedar terhadap seorang pesakit yang sedang menerima jagaan sokongan berbilang disiplin daripada pasukan perubatan mereka.


“Sebagai pusat rujukan lanjut utama di Singapura dan rantai inu, NUH sering mengendali keadaan dan rawatan kompleks,” katanya.


“Kami sedang bekerjasama dengan keluarga itu untuk menawarkan sokongan dan bantuan sebaik mungkin,” kata jurucakap itu lagi tanpa mendedahkan identiti pesakit atas dasar kerahsiaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >