Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemajuan bina jejambat RTS Link

Jan 11, 2024 | 6:43 PM
PEMBINAAN STRUKTUR: ‘Drop-In Span’, struktur konkrit, sepanjang 17.1 meter dan seberat sekitar 340 tan, menandakan titik pertengahan jejambat kereta api Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link), yang menghubungkan Tambangan 47 di Malaysia dan Tambangan 48 di Singapura.
PEMBINAAN STRUKTUR: ‘Drop-In Span’, struktur konkrit, sepanjang 17.1 meter dan seberat sekitar 340 tan, menandakan titik pertengahan jejambat kereta api Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link), yang menghubungkan Tambangan 47 di Malaysia dan Tambangan 48 di Singapura. - Foto ST

Kesemua 12 penutup cerucuk di bahagian Singapura bagi pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, telah siap pada akhir Oktober 2023, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Menurut LTA, cerucuk merupakan asas tambangan di mana jejambat kereta api RTS dibina.

Penutup cerucuk terbesar mempunyai garis pusat 2.4 meter.

Keseluruhan jejambat kereta api, yang sepanjang lebih 4 kilometer, disambungkan oleh ‘Drop-In Span’ (DIS) yang menandakan titik pertengahan jejambat.

Menurut LTA, DIS ialah struktur konkrit bertetulang, sepanjang 17.1 meter dan seberat sekitar 340 tan, yang menghubungkan Tambangan 47 di Malaysia dan Tambangan 48 di Singapura.

Kedua-dua Tambangan 47 dan 48 merupakan tambangan yang paling dekat antara kedua-dua negara.

DIS dibina menggunakan struktur keluli yang didirikan pada ketinggian lebih 26 meter dari aras laut.

Struktur tersebut termasuk rasuk keluli dan bicu hidraulik.

Jejambat di bahagian Singapura itu akan bersambung dengan terowong bawah tanah yang menuju ke stesen RTS Link Woodlands North, yang kini sedang dibina.

Di samping itu, bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) akan mempunyai tiga tingkat, dengan dua tingkat bawah tanah.

Satu tingkat bawah tanah akan menghubungkan bangunan CIQ ke stesen RTS Link Woodlands North.

Menurut LTA, pembinaan jalan penghubung itu telah pun siap.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg