Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tambang RTS Link akan ditetap pengendali secara komersial

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Singapura-Malaysia

Tambang RTS Link akan ditetap pengendali secara komersial

Jan 11, 2024 | 05:00 PM



Tambang bagi Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura akan ditetapkan secara komersial oleh syarikat pengendali RTS Operations Pte Ltd, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Dalam menetapkan tambang itu, RTS Operations Pte Ltd akan mengambil kira faktor seperti permintaan bagi perkhidmatan RTS, kos menyediakan perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai untuk penumpang secara mampan dari segi kewangan, serta tambang yang dikenakan oleh pilihan pengangkutan alternatif seperti teksi dan bas.

Encik Chee berkata demikian semasa menjawab soalan wartawan ketika menghadiri majlis bagi meraikan pencapaian penting projek RTS Link dengan selesainya rentang penghubung yang menghubungkan jejambat marin antara Singapura dengan Malaysia.

Majlis tersebut diadakan pada 11 Januari di tapak RTS Link Marine Viaduct di Selat Johor dan turut dihadiri Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menjawab soalan media ialah Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, yang menambah bahawa tambang RTS Link akan ditetapkan dekat dengan penyelesaian keseluruhan projek tersebut.

“Kami harapkan tambang (RTS Link) adalah kompetitif.

“RTS Link bukan sahaja menyediakan kemudahan tetapi juga pengurangan masa perjalanan dengan ketara,” katanya.

Perjalanan menggunakan RTS Link dianggarkan mengambil masa antara lima dengan enam minit dari Singapura ke Johor Bahru dan sebaliknya.

Projek itu kini lebih 65 peratus siap di bahagian Singapura dan seberang Tambak.

RTS Link dijangka memulakan perkhidmatan penumpang menjelang akhir 2026.

“Setiap hari, 350,000 orang melintasi Tambak untuk tujuan pendidikan, kerja dan lawatan sosial. Kita mesti memastikan bahawa infrastruktur kita memenuhi permintaan salah satu lintasan sempadan paling sibuk di dunia.

“RTS Link, setelah beroperasi, akan mengurangkan kesesakan di koswe sebanyak 35 peratus,” tambah Encik Loke.

Memuji “kerjasama cemerlang” antara Singapura dan Malaysia dalam mencapai kemajuan sejauh ini bagi RTS Link pula, Encik Chee berkata projek tersebut “lebih dari hanya membina jambatan”.

“Ia adalah tentang membina hubungan yang lebih kukuh antara warga Singapura dan Malaysia.

“Ia juga membina masa depan yang lebih baik bagi kedua-dua negara, memperkukuh persahabatan kami yang telah lama terjalin dan mewujudkan lebih banyak peluang saling menguntungkan bagi perniagaan dan rakyat dalam bidang kepentingan bersama dan faedah bersama.

“Dengan hubungan dua hala yang baik, pendekatan yang sama ini boleh diperluaskan ke kawasan lain dan projek masa depan antara kedua-dua negara kita,” ujar Encik Chee.

Ditanya sama ada terdapat usaha bersama kedua-dua negara untuk mewujudkan rangkaian pengangkutan baru pada masa depan, Encik Loke menjawab bahawa pihaknya sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan dan saranan untuk meningkatkan keterhubungan antara Johor Bahru dengan Singapura.

“Berkenaan cadangan untuk mengadakan hubungan feri antara JB dan Singapura, itu adalah sesuatu yang perlu kita bincangkan dengan lebih lanjut dan kami terbuka kepada cadangan itu,” kata beliau.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pernah mencadangkan perkhidmatan feri tambahan antara Puteri Harbour di Johor dengan Tuas di Singapura bagi mengurangkan kesesakan di Laluan Kedua.

“Tetapi sebarang hubungan baru perlu mendapat kelulusan daripada kedua-dua pihak berkuasa kerana ini melibatkan banyak perkara lain, bukan sahaja mod pengangkutan tetapi juga banyak infrastruktur dan kemudahan,” jelas Encik Loke.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >