Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemalangan di Orchard Road: Pemandu 37 tahun bantu siasatan

Aug 2, 2025 | 4:08 PM
Imej dalam talian menunjukkan sebuah kereta hatchback bertentangan arah trafik di luar Pusat Beli-Belah Paragon, dengan lampu depan dan bampar kiri rosak teruk.
Imej dalam talian menunjukkan sebuah kereta hatchback bertentangan arah trafik di luar Pusat Beli-Belah Paragon, dengan lampu depan dan bampar kiri rosak teruk. - Foto SGRV FRONT MAN/FACEBOOK

Seorang lelaki berusia 37 tahun sedang membantu siasatan polis selepas kemalangan melibatkan dua buah kereta di Orchard Road pada malam 1 Ogos.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira 8.40 malam pada 1 Ogos, lapor The Straits Times (ST).

Seorang penumpang wanita berusia 54 tahun sedar ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, tambah mereka.

Imej yang dimuat naik dalam talian menunjukkan sebuah kereta hatchback yang kelihatan diletakkan bertentangan arah aliran trafik di luar Pusat Beli-Belah Paragon, dengan lampu depan dan bampar depan sebelah kiri rosak teruk.

Sebuah lagi kereta beberapa meter di hadapan dengan sebahagian bampar belakang yang tercabut juga kelihatan.

Satu kapsyen untuk gambar-gambar di halaman Facebook SGRV Front Man menyatakan bahawa dua lorong kiri jalan ditutup selepas kemalangan itu.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg