Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal warga emas maut dalam nahas melibatkan teksi di CTE; pemandu teksi diberkas kerana cuai

Apr 22, 2025 | 1:45 PM
Seorang penunggang motosikal berusia 71 tahun meninggal dunia selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah teksi di laluan menghala ke utara Ekspreswe Central (CTE), pada awal 29 April. 
Seorang penunggang motosikal berusia 71 tahun meninggal dunia selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah teksi di laluan menghala ke utara Ekspreswe Central (CTE), pada awal 29 April.  -  Foto TANGKAP LAYAR SGRV/FACEBOOK

Seorang penunggang motosikal berusia 71 tahun meninggal dunia selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah teksi di laluan menghala ke utara Ekspreswe Central (CTE), pada awal 29 April.

Polis berkata pemandu teksi lelaki berusia 67 tahun telah pun diberkas kerana memandu dengan cuai tanpa memikirkan tindakannya itu menyebabkan kematian orang lain, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia diberitahu tentang kejadian itu sekitar 4.15 pagi.

Kemalangan berlaku sepanjang CTE menuju ke Ekspreswe Seletar (SLE), berhampiran laluan keluar Ang Mo Kio Avenue 1.

Seorang lelaki disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

Rakaman video tersebar dalam talian sekitar 6 pagi, menyusuli kemalangan itu. Khemah biru kelihatan pada bahagian paling kiri laluan jalan, dengan sebuah teksi pula terhenti sekitar 25 meter daripada khemah itu, di laluan yang sama.

Sebuah motosikal pula terhimpit di bawah bampar depan teksi kuning itu.

Lebih ramai penunggang motosikal dan pembonceng mereka terlibat dalam kemalangan yang membawa pada maut, dengan rekod polis trafik menunjukkan 85 kematian dilaporkan pada 2024, berbanding 68 kes pada 2023.

Motosikal membentuk hanya 14.7 peratus daripada jumlah kenderaan di Singapura, tetapi perangkaan yang ada menunjukkan penunggang motosikal dan pembonceng mereka membentuk lebih separuh daripada kes nahas jalan raya yang membawa pada kematian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg