Kontinjen-kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024 bersedia di lapangan dalam segmen Perbarisan & Upacara (P&C). NDP kali ini menampilkan 35 kontinjen dan lebih 2,100 peserta perbarisan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Selami aksi yang berlangsung di Padang dalam segmen Perbarisan & Upacara (P&C) dan Pertunjukan Pertahanan Dinamik (D3) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024.
Anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menggunakan Mesingan Ringan (LMG) jenis Senapang Automatik Colt Infantry (IAR) 6940E-SG, yang menggantikan Senjata Automatik Seksyen (SAW) Ultimax 100 yang telah digunakan sejak 1982 dalam segmen Pertunjukan Pertahanan Dinamik (D3) sempena meraikan ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak (TD40). - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Agensi air negara (PUB) memaparkan kenderaan mengandungi air dalam satu adegan ‘serangan’ dalam segmen TD40 D3. Kenderaan tersebut pertama kali dipaparkan kepada umum dalam NDP 2024. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Kontinjen-kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024 bersedia di lapangan dalam segmen Perbarisan & Upacara (P&C). NDP kali ini menampilkan 35 kontinjen dan lebih 2,100 peserta perbarisan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Sebahagian kontinjen NDP 2024 dalam segmen Perbarisan & Upacara (P&C) berarak naik ke kawasan penonton agar penonton dapat melihat peserta kontinjen dengan lebih dekat. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Kenderaan tangga pam elektrik yang digunakan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) merupakan aset terbaru yang dipamerkan SCDF dalam segmen TD40 D3. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI