Topic followed successfully
Go to BHkuKepentingan guna alat jimat tenaga
Kepentingan guna alat jimat tenaga
Kepentingan guna alat jimat tenaga
Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang Penjimatan Tenaga (Pindaan) pada 8 April. Berikut tiga sebab penggunaan alat menjimatkan tenaga penting di Singapura.
Jamin daya ketahanan tenaga negara
Kecekapan tenaga terus menjadi pendorong utama bagi peralihan tenaga Singapura, serta cara penting untuk memperkukuh keselamatan tenaga dan daya saing kos. Sebagai negara kecil yang mempunyai kekurangan sumber tenaga alternatif, Singapura terpaksa mengimport hampir kesemua bekalan tenaganya.
Konflik di Timur Tengah membuktikan betapa pentingnya Singapura mempunyai sistem bekalan tenaga berdaya tahan dan dipelbagaikan bagi menjamin kelangsungan ekonomi serta masyarakat.
Kurangkan kos sara hidup
Peralatan cekap tenaga membantu isi rumah dan perniagaan mengurangkan penggunaan elektrik dan meraih penjimatan kos. Walaupun peralatan itu mungkin mempunyai kos pendahuluan lebih tinggi, ia biasanya menawarkan kos jangka hayat lebih rendah melalui penjimatan tenaga yang berterusan.
Sebagai contoh, kos jangka hayat bagi peti sejuk komersial yang patuh piawaian rata-rata 30 peratus lebih rendah berbanding model yang tidak mengikut garis panduan.
Matlamat pelepasan sifar bersih 2050
Singapura komited capai sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050 bagi mengekalkan daya saing jangka panjang dan daya ketahanan iklim.
Penggunaan peralatan cekap tenaga adalah langkah kritikal untuk mengurangkan jejak karbon negara.

