Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan masuk JC, poly, ITE 1 Feb

Jan 25, 2024 | 3:22 PM
PENEMPATAN SEKOLAH: Pelajar yang ditempatkan di maktab rendah (JC) atau Institut Millennia (MI) perlu melaporkan diri ke institusi mereka pada pagi 2 Februari, manakala pelajar yang ditempatkan di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima butiran pendaftaran mereka melalui e-mel atau mel pada akhir Februari.
PENEMPATAN SEKOLAH: Pelajar yang ditempatkan di maktab rendah (JC) atau Institut Millennia (MI) perlu melaporkan diri ke institusi mereka pada pagi 2 Februari, manakala pelajar yang ditempatkan di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima butiran pendaftaran mereka melalui e-mel atau mel pada akhir Februari. - Foto ST

Keputusan penempatan sekolah untuk Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2024 akan dikeluarkan pada 1 Februari, 9 pagi.

Pemohon boleh mendapatkan keputusan penempatan sekolah mereka melalui SMS atau Sistem Internet JAE, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) pada 25 Januari.

Pelajar yang ditempatkan di maktab rendah (JC) atau Institut Millennia (MI) perlu melaporkan diri ke institusi mereka pada pagi 2 Februari.

Pelajar yang tidak dapat melaporkan diri ke JC atau MI pada hari pertama persekolahan atas alasan yang sah harus menghubungi institusi mereka untuk mengesahkan dan menempah tempat mereka.

Pemohon yang ditempatkan di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima butiran pendaftaran mereka melalui e-mel atau mel pada akhir Februari.

Pemohon yang ingin membuat rayuan untuk pindah ke kursus JC/MI hendaklah menghubungi JC/MI pilihan mereka secara langsung melalui telefon atau e-mel.

Institusi tersebut akan memutuskan rayuan sedemikian jika ia mempunyai tempat kosong, dan jika pemohon memenuhi markah pemotongan kursus untuk penempatan tahun ini.

Pemohon boleh mencari nombor hubungan dan alamat e-mel JC/MI melalui laman web MOE.

Mereka yang ingin membuat rayuan pertukaran ke politeknik atau jurusan Nitec Lanjutan selama dua tahun boleh berbuat demikian melalui Portal Rayuan Dalam Talian JAE.

MOE menambah pemohon yang tidak ditempatkan ke mana-mana kursus semasa JAE juga digalakkan mengemukakan rayuan melalui portal yang sama.

Rayuan boleh dikemukakan di portal itu dari 9 pagi pada 1 Februari hingga 6 Februari pada 4 petang.

Keputusan akan diumumkan di portal yang sama pada 21 Februari pada 9 pagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg