Pengumuman penempatan pelajar ke Menengah 1 (S1) akan dikeluarkan pada 18 Disember, 9 pagi.
Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu siaran media pada 11 Disember, pelajar boleh mendapat keputusan penempatan mereka melalui saluran berikut:
– Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
– Sistem Internet S1 (https://www.moe.gov.sg/s1-posting) dengan menggunakan nombor sijil kelahiran atau FIN pelajar dan pin S1
– Di sekolah rendah pelajar
Pelajar tidak perlu melapor diri secara fizikal di sekolah menengah yang mereka ditempatkan selepas menerima keputusan penempatan mereka, dan sebaliknya dinasihatkan merujuk kepada laman web sekolah masing-masing untuk maklumat terperinci, tambah MOE.
Bagi ibu bapa pelajar yang menggunakan Gateway Ibu Bapa (PG), arahan dari sekolah akan diberi mulai petang 18 Disember.
Pelajar disarankan supaya memaklumkan sekolah menengah mereka secara langsung jika mereka tidak dapat hadir secara fizikal pada 2 Januari, dengan sebab yang sah, supaya pihak sekolah boleh mengesahkan dan mengekalkan tempat bagi mereka, kata MOE.
Seramai 40,894 murid Darjah 6 menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2024. Keputusannya diumumkan pada 20 November, dengan 98.5 peratus layak melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg