Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan penempatan ke Menengah 1 diumum 19 Dis

Dec 12, 2025 | 11:09 PM
Keputusan penempatan sekolah Menengah 1 akan dikeluarkan pada 19 Disember pada 9.00 pagi, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Disember.
Keputusan penempatan sekolah Menengah 1 akan dikeluarkan pada 19 Disember pada 9.00 pagi, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Disember. - Foto ZAOBAO

Keputusan penempatan ke sekolah Menengah 1 akan dikeluarkan pada 19 Disember pada 9.00 pagi, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Disember.

Keputusan penempatan itu boleh didapati melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), di sekolah rendah pelajar, atau melalui laman web di www.moe.gov.sg/s1-posting dengan menggunakan Singpass ibu bapa.

MOE berkata pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah baru mereka setelah menerima keputusan penempatan Menengah 1.

“Pelajar harus merujuk kepada laman web sekolah yang mereka ditempatkan untuk maklumat lanjut, seperti butiran pelaporan, senarai buku, dan pembelian buku dan pakaian seragam.

“Ibu bapa kohort Menengah 1 yang akan datang, yang menggunakan aplikasi Parents Gateway juga akan menerima arahan daripada sekolah yang ditempatkan mulai petang 19 Disember 2025,” kata MOE.

Pelajar yang tidak dapat melaporkan diri ke sekolah menengah mereka pada hari pertama persekolahan pada Januari 2026 atas sebab-sebab yang sah harus memaklumkan sekolah menengah mereka.

Ini, kata MOE, harus dilakukan secara langsung setelah mereka menerima keputusan penempatan mereka untuk mengesahkan bahawa mereka akan mengambil tempat tersebut, dan agar pihak sekolah dapat mengekalkan tempat itu untuk mereka.

Dalam kalangan 37,926 murid yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2025, 98.5 peratus berjaya ke sekolah menengah.

Calon yang tidak layak memasuki sekolah menengah boleh memilih untuk menduduki semula PSLE pada 2026 atau memohon ke Sekolah Assumption Pathway (APS) dan Sekolah NorthLight (NLS), yang menawarkan program berasaskan pengalaman dan pembelajaran secara amali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg