Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Keputusan siasatan terhadap Ong Beng Seng dibuat selepas kes Iswaran selesai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan siasatan terhadap Ong Beng Seng dibuat selepas kes Iswaran selesai

Jan 18, 2024 | 05:46 PM



Pejabat Peguam Negara (AGC) akan “membuat keputusan berhubung siasatan terhadap hartawan hartanah, Encik Ong Beng Seng, dan lain-lain lagi” selepas kes terhadap mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran selesai, termasuk pembentangan bukti di mahkamah.

Semasa menjawab soalan di Parlimen pada 9 Januari, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, berkata siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) terhadap Iswaran yang juga Menteri bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, telah selesai dan hal itu di tangan AGC, yang mempunyai budi bicara pendakwaan untuk memutuskan sama ada seseorang itu didakwa.

Pada 18 Januari, Iswaran didakwa dengan 27 tuduhan di mahkamah, termasuk 24 tuduhan menerima barangan daripada seseorang terlibat dalam urusan perniagaan bersamanya terdahulu ketika dia bertugas sebagai penjawat awam, serta satu tuduhan kerana mengganggu proses pengadilan.

Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa kebanyakan kesalahan Iswaran hadapi melibatkan Encik Ong, pengasas bersama dan pengarah urusan Hotel Properties Limited (HPL).

Pada September 2022, Iswaran didakwa menerima rasuah daripada Encik Ong dalam bentuk hadiah berjumlah sekitar $145,434 sebagai satu langkah untuk memajukan kepentingan perniagaannya dalam urusan berkait satu kontrak antara Grand Prix Formula Satu Singapura dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Ong, yang dikenali sebagai individu yang membawa Formula Satu (F1) ke Singapura, juga merupakan pengerusi Grand Prix Formula Satu Singapura iaitu penganjur perlumbaan malam F1 di Marina Bay Street Circuit secara tahunan.

Iswaran juga didakwa menerima rasuah daripada Encik Ong, hadiah bernilai $20,848.03 pada Disember 2022 bagi memajukan kepentingan perniagaannya dalam urusan berkait satu kontrak antara Grand Prix Formula Satu Singapura dan STB dan satu usulan bagi satu kontrak bersama STB.

Di samping itu, Iswaran didakwa menerima, sebagai seorang penjawat awam, barang bernilai tinggi dengan nilai keseluruhan mencecah sekitar $218,058.95 daripada Encik Ong antara November 2015 dengan Disember 2021.

Ong telah dikenakan notis tangkap oleh CPIB pada 14 Julai 2023 berhubung siasatan yang melibatkan Iswaran. HPL berkata dalam satu kenyataan kepada Bursa Singapura bahawa tiada dakwaan telah difailkan terhadap Ong.

Dalam laporan awal Berita Harian pada 19 Julai 2023, ia dilaporkan bahawa Encik Ong pulang ke Singapura dari Bali menerusi pesawat privet pada 17 Julai 2023 setelah diberi kebenaran oleh CPIB untuk ke luar negara. Beliau berangkat ke pulau peranginan Indonesia itu pada 14 Julai 2023 setelah membayar ikat jamin $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >