Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta dipecah masuk di bazar Raya Johor Bahru

Mar 22, 2024 | 2:39 PM
Pengguna TikTok Zackabadi671 dalam satu hantaran pada 18 Mac menjelaskan kereta miliknya dipecah masuk dan kejadian tersebut berlaku di S’MART Pandan.
Pengguna TikTok Zackabadi671 dalam satu hantaran pada 18 Mac menjelaskan kereta miliknya dipecah masuk dan kejadian tersebut berlaku di S’MART Pandan. - Foto TIKTOK/ZACKABADI671

Kegiatan membeli-belah di Johor Bahru untuk seorang pengguna TikTok bertukar ngeri setelah keretanya dipercayai telah dipecah masuk.

Dalam satu hantaran oleh Zackabadi671 pada 18 Mac, beliau memuat naik video berjudul ‘Awas warga Singapura apabila membeli-belah barangan Raya di Malaysia’.

Video tersebut tular di media sosial dan setakat ini mempunyai lebih 700,000 tontonan.

Tidak segera diketahui bila kejadian tersebut berlaku dan sekiranya pengguna terbabit adalah warga Singapura, tetapi pengguna itu menjelaskan ia berlaku di bazar Ramadan terbesar di Johor, S’MART Pandan.

Video sepanjang 23 saat itu menunjukkan pintu cermin depan kereta berkecai. Ia juga memaparkan keadaan dalaman kereta selepas kejadian itu – dalam kereta terbabit kelihatan kosong dan telah digeledah.

Beliau tidak segera menjelaskan barangan yang telah dicuri dari kereta terbabit.

“Kereta ini baru kena pecah masuk. Biasalah, ni Malaysia, tak tahu nak cakap apa,” ujarnya.

Sebahagian besar warganet bersimpati dengan keadaan yang menimpa pengguna itu dan memberikan nasihat cara untuk elakkan hal sedemikian daripada berlaku pada dirinya lagi.

Namun, ada juga yang mempersoal sebab pengguna itu meletak kereta di kawasan tersebut kerana sudah sedia maklum, ia merupakan kawasan bahaya.

Berita Harian (BH) telah menghubungi pengguna terjejas untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg