Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta rempuh dinding parapet tempat letak kereta bertingkat

Nov 2, 2023 | 7:12 PM
TERGANTUNG KELUAR: Sebahagian depan kereta Volkswagen Beetle ini telah merempuh sebahagian dinding parapet di tingkat empat tempat letak kereta ini.
TERGANTUNG KELUAR: Sebahagian depan kereta Volkswagen Beetle ini telah merempuh sebahagian dinding parapet di tingkat empat tempat letak kereta ini. - Foto ST

Seorang pemandu kereta Volkswagen Beetle berwarna merah merempuh sebuah dinding parapet di tingkat empat tempat letak kereta di Bukit Merah pada Rabu.

Akibatnya bahagian depan dan tayar depan sebelah kiri kereta tersebut kelihatan tergantung keluar daripada dinding yang pecah itu.

Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) berkata ia diberitahu tentang kemalangan di Blok 119, Bukit Merah Central itu sekitar 5.45 petang, menurut laporan The Straits Times (ST), .

Ia menambah bahawa pihaknya mendapati pemandu itu mengalami kecederaan kecil namun beliau enggan dihantar ke hospital.

Pemandu kereta itu yang enggan memberikan namanya memberitahu akhbar Lianhe Zaobao (ZB) bahawa beliau sedang memandu turun keretanya itu dari tingkat lima tempat letak kereta itu apabila kemalangan tersebut berlaku.

Apabila ST mengunjungi tapak kejadian itu lewat petang Rabu, kereta tersebut dilihat telah merempuh sebahagian dinding dan pagar di tingkat empat tempat letak kereta bertingkat itu, dengan sebahagian depan bonet dan tayarnya terkeluar dan tergantung di luar tempat letak kereta itu.

Dilaporkan bunyi dentuman kuat telah menarik perhatian ramai yang lalu lalang di kawasan itu,

Seorang jurucakap dari Majlis Bandaran Tanjong Pagar yang menguruskan kawasan di mana blok itu terletak, memberitahu ST bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkaitan isu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg